Damba Ketenangan: Album Khai Bahar Laku Keras


Kelunakan lantunan vokal terutama dalam menyanyikan lagu-lagu berentak balada ternyata menjadi ramuan utama yang melonjakkan nama Khai Bahar.

Selepas kejayaan lagu-lagu kerohanian seperti Cahaya 114 dan Setanggi Syurga 2020 (feat Inteam), kali ini penyanyi berasal dari Perlis ini tampil dengan album zikir, Damba Ketenangan.


Menurut Khai Bahar, album ini merupakan hadiah istimewa untuk peminat beliau yang sudah lama menantikan lagu ketuhanan dan zikir.  


Salah seorang penerbit muzik bagi projek ini, Dr. Azrul Azlan atau nama penanya Adi Pawana, menjelaskan bahawa pada awalnya album Damba Ketenangan hanya memuatkan lima akan buah alunan zikir.

“Namun, saya berpandangan perlu ada buah tangan istimewa buat semua peminat Khai Bahar. Maka terhasillah Perpisahan untuk tatapan semua,” ujar Adi Pawana pada ruangan komentar di saluran Youtube.


Lagu Perpisahan dicipta sepenuhnya oleh kolaborasi Rudy Nastia, Shamin Nazri dan Adi Pawana.

Perpisahan merupakan sebuah lagu tentang kita sebagai manusia, bukan tentang merobek kelemahan orang lain. Dengan mengekalkan konsep balada, Perpisahan adalah satu karya refleksi diri yang akhirnya akan berpisah dari kehidupan dunia.

Selain Perpisahan, lima zikir yang dimuatkan dalam naskah album ini ialah Habis Rabbi Wa Nabiy, Astaghfirullah, Hasbunallah, La Ilaha Illallah dan Ya Zal Jalali Wal Ikram.

Album Damba Ketenangan ini diterbitkan oleh Seventeen Eleven Music Sdn Bhd dan telah menemui pasaran secara fizikal sejak 5 April 2021 melalui jualan di aplikasi Shopee.

Difahamkan album ini laku keras seperti pisang goreng panas. Jualan album di Shopee. Album ini telah mencatatkan tiga kali ‘sold out’ di Shopee.

“Sejujurnya, tidak ada sasaran nak jual berapa unit. Selagi ada permintaan, kita akan terus juga. Bagi album digital pula, insya Allah dalam bulan Ramadan ini sudah boleh dilanggan,” tambah Khai Bahar.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling