Walaupun tahun 2021 baru memasuki bulan Februari, namun penyanyi lagu-lagu kerohanian dan kemanusiaan ini telah merakamkan dan menebitkan tiga buah single sepanjang bulan Januari dan awal Februari.
Tiga buah lagu yang berjaya diterbitkan Azhary ialah Pantasnya Kau Menghakimi Ku, Ya Rabb dan Badai Dugaan Mu.
Lebih menarik, setiap karya yang dirakamkan Azhary membawa mesej berlainan. Malah lirik yang tersirat di sebalik lagu-lagu tersebut, mudah difahami dan bersifat 'tajam'.
Ketiga-tiga lagu tersebut merupakan ciptaan Azhary sendiri manakala semua liriknya ditulis oleh Syahril A.Kadir, salah seorang orang kuat portal Malaysia Gazette.
MenceMenurut Azhary, setiap karya yang diterbitkannya merupakan atas rela hati sendiri.
" Alhamdulillah diberi ilham di awal tahun. Karya-karya ini tanpa dipaksa, dihasilkan dari lirik yang sangat baik dan memberi inspirasi buat kita semua.
Selagi ada nafas selagi itu ada nukilanku.Terima kasih penulis lirik Syahril A. Kadir tanpa jemu2 memberi suntikan semangat utk berganding bahu,"ujar Azhary menerusi catatan di laman sosial Facebooknya.
Azhary merupakan abang kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Sonata Musim Salju suatu ketika dahulu, Hazami.
Sebelum aktif secara solo, Azhary pernah dikenali sebagai Ayi dan menganggotai kumpulan Data sebagai gitaris. Data ketika era 1990-an popular dengan lagu Permaisuri.
Azhary memulakan karier seni solo menerusi lagu-lagu kerohanian dan kemanusiaan. Dia pernah tampil dengan album Puisi Jiwa (2007), Cinta Kasih (2012) dan Kau Pelita Hati (2015).
Selain itu, Azhary juga aktif menerbitkan lagu-lagu di laman sosial Facebooknya.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.