SEDEKAD: Manifestasi Sahrol Muslih


Selepas sedekad berkecimpung dalam industri nasyid, akhirnya Sahrol Muslih tampil dengan album sulungnya berjudul Sedekad.

Album Sedekad ini merupakan sebuah album yang diterbitkan sepenuhnya oleh Muslih Record milik Sahrol sendiri.

Menurut artis nasyid dari Sabah ini ketika dihubungi The Qarya Post, album Sedekad menggabungkan kompilasi lagu-lagu nyanyian secara solo serta lagu-lagu terbaik ketika masih bersama kumpulan nasyid Muslih.

"Alhamdulillah semua lagu ini adalah yang terbaik hasil ciptaan saya sepenuhnya. Ia menggabungkan single baharu untuk tahun 2021 secara solo dan single serta album secara berkumpulan (ketika bersama Muslih). Lagu-lagu ini sudah berada di rakam khana (Radio Sabah),"ujarnya.

Menceritakan usia sedekadnya dalam industri nasyid, Sahrol atau nama sebenarnya ialah Sahrol bin Suhod, bahawa dia mula bergerak solo sejak tahun 2020 dan mahu dikenali Sahrol Muslih.  

"Pada tahun 2008, saya telah munubuhkan kumpulan yang diberi nama MUSLIH. Kami merakamkan single pertama iaitu Kita Bersaudara pada tahun 2016.

Pada tahun 2017, sebuah album sulung berjudul Ukhwah dihasilkan. Memandangkan kualiti rakaman tidak mencapai standard maka album ini tidak di war-warkan dan terhenti begitu sahaja. 

Pada tahun 2018, MUSLIH merakamkan single Insan Mulia namun malangnya kualiti masih belum mencapai standard.

Kami turut merakamkan single Setitis Kasih pada tahun 2019.  Alhamdulillah, kali ini mencapai standard. Namun para ahli tidak sanggup memberi komitmen berterusan dan akhirnya menarik diri. Atas sebab inilah saya perbaiki semua lagu-lagu yg telah dirakam dengan cara remastered. Alhamdulillah inilah hasilnya Sedekad," ujarnya panjang. 

 Sedekad memuatkan sebelas buah trek iaitu Takdir, Redha, Ilmu, Nur Hidayah, Epilog Raya, Setitis Kasih, Jangan Dihati, Insan Mulia, Tazkirah Muslih, Zikir Taubat dan Kita Bersaudara.


Lebih menarik, album ini diterbitkan secara fizikal dan digital. Album fizikal memuatkan cakera padat dan disertakan bersama pemacu kilat (USB) album Sedekad.

Album digital pula boleh didapatkan melalui Spotify dan iTunes. Selain itu, Sahrol Muslih turut mempunyai saluran Youtube, seiring dengan permintaan muzik digital kini.

Album fizikal boleh didapatkan melalui laman Facebook Sahrol Muslih atau Whatsapp sebagai tanda sokongan industri nasyid tempatan.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling