Ramadhan: Alunan Kegembiraan Hud & Ariff


Pada awal mendengar karya-karya Hud, ada sesuatu tarikan tersendiri untuk mengikuti perkembangan Hud.

Ya, nama Hud tidak komersial seperti penggiat seni nasyid yang lain. Namun, kualiti suara dan muzik yang dihasilkannya setanding dengan kualiti seorang artis nasyid yang lebih otai.

Bagi meraikan bulan Ramadhan yang bakal tiba lebih kurang sebulan lagi, Hud tampil awal dengan single terbaharunya, Ramadhan.

Lagu ini berinspirasikan doa yang dibacakan setiap kali tiba bulan Rejab dan Syaaban. Secara tak langsung, lagu Ramadhan ini ibarat satu alunan kegembiraan menanti datangnya bulan mulia tersebut.

Lagu Ramadhan merupakan duet Hud bersama Ariff.

Lebih menarik, Ramadhan telah menggabungkan kolaborasi tenaga Hud dan Ariff. Ariff bertindak sebagai komposer, serta susunan muzik manakala Hud pula bertindak selaku jurutera bunyi dan susunan vokal.

Lirik lagu ini ditulis bersama Hud dan Ariff. Difahamkn, rakaman Ramadhan telah dibuat di Pullman Kuching Hotel menggunakan kaedah ‘home studio’.

Memilih rentak ala R&B, Ramadhan lebih bersifat easy listening. Liriknya yang tak terlalu sastera, memudahkan pendengar memahaminya. Malah pemilihan muzik yang ringan umpama satu terapi telinga yang menenangkan.


Mengenai Hud, penggiat seni dari Sarawak ini telah mempunyai beberapa single dan album. Tiga buah album yang pernah diterbitkannya ialah Zikrullah (2019), Koleksi Nasyid Zikir dan Selawat

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling