Slot Qalbu TV AlHijrah konsisten dalam menyebarkan agenda dakwah kepada masyarakat menerusi rancangan-rancangan terbaik pilihannya.
Terbaru, TV AlHijrah menyiarkan drama berjudul Janji Pada Hati. Drama arahan Sham Jr.
yang diterbitkan oleh MDAG Marketing Production Sdn. Bhd. ini disiarkan pada setiap
Isnin dan Selasa, jam 6 petang.
Janji Pada Hati berkisah tentang seorang wanita bernama Dahlia yang amat tabah dalam
memelihara rukun kebahagiaan di dalam rumahtangganya.
Dahlia adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang amat menyayangi anak tunggalnya
Aina.
Walau luaran kelihatan bahagia, namun Dahlia sering kali merasakan dirinya
terkurung. Tidak seperti suaminya Ezani yang bekerjaya serta senantiasa sibuk dengan
kariernya.
Rasa kelompongan yang ada di dalam hati Dahlia tambah buruk apabila dia mengetahui
Maira, kekasih lama Ezani akan memulakan kerjasama dengan suaminya di tempat kerja.
Maira akan menjadi peguam kepada syarikat Ezani.
Disebabkan itu, Dahlia berpakat dengan Laila, rakan sepejabat Ezani untuk mengintipnya
di tempat kerja.
Bukan itu sahaja, Laila turut memberi amaran kepada Maira agar
menjauhi Ezani kerana dia sudah berkeluarga. Laila turut menasihatkan Ezani agar tidak
rapat dengan Maira demi Dahlia.
Sedikit sebanyak nasihat Laila meninggalkan kesan di dalam hati Ezani.
Untuk
menjernihkan keadaan, Ezani membuat kejutan dengan menghadiahkan jambangan buat
Dahlia. Ezani berjanji untuk meluangkan lebih banyak masa dengan Aina, anak mereka.
Walau gembira, Dahlia masih rasa ragu-ragu. Perasaan curiganya bertambah teruk
apabila mereka terserempak dengan Maira di pasaraya. Dahlia nampak reaksi Ezani yang
terkedu melihat Maira. Bahasa tubuh mereka berdua meyakinkannya bahawa Ezani
curang.
Dahlia tekad untuk bersemuka dengan Maira di pejabatnya. Saat melihat kelibat Ezani dan
Maira yang kelihatan mesra, hatinya hancur. Dia melulu pulang ke rumah. Malang tidak
berbau, kereta yang dipandu Dahlia kemalangan.
Dahlia koma. Ezani mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga isterinya yang
terlantar di hospital. Dia juga perlu menjaga Aina.
Takdir Allah Dahlia tersedar dari koma yang Panjang.
Namun begitu, segalanya kelihatan
amat mengelirukan.
Saat terjaga, Dahlia terkejut apabila terbau nasi goreng kegemarannya yang sering
dimasak oleh arwah ibunya. Apabila ke dapur, dia melihat sosok tubuh ibunya Hajah Siti
yang telah meninggal dunia.
Kehidupan Dahlia seperti berputar kembali ke zaman silam. Malahan jeritan ibunya agar
dia lekas pergi ke kelas pengajian benar-benar membuatnya keliru. Dahlia terkejut kerana
dia masih pelajar di universiti. Dia juga bukan isteri Ezani. Malah, Aina juga tidak pernah
wujud sama sekali.
Apakah yang sebenarnya sedang terjadi? Adakah ini semua adalah khayalan Dahlia?
Benarkah Dahlia pernah menjadi isteri Ezani? Kesemua persoalan ini akan terjawab
sepanjang 13 episod siaran drama penuh warna warni ini.
Janji Pada Hati membariskan pelakon hebat
tanah air seperti Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, Raysa Sofea, Hazwani Helmi dan
ramai lagi.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.