Penyanyi bergenre Soul dan R&B, Lah Ahmad, tampil dengan single berjudul Bila Hati Rindu pada Mac 2022. Kali ini, Lah Ahmad membawakan lagu ciptaan Mas Dewangga, A. Shah, Jova Devito dan Aden King.
Beliau sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan vokal V.E yang sangat popular sekitar awal tahun 2000.
Selepas mengundurkan diri daripada VE, Lah Ahmad menganggotai kumpulan nasyid Al-Mawlid dan aktif menyanyikan lagu berunsur dakwah.
Usia Al-Mawlid tak lama. Mereka akhirnya menyepi dan sejak itu Lah Ahmad bergerak secara solo.
Untuk karier solo beliau sebelum ini pernah melahirkan 3 buah album ‘Jalan Untuk Kembali (2014)’, ‘ Sempurna Dan Terbaik (2016)’ dan ‘ Selamat Datang Cinta (2020)‘.
Terbaharu dengan kerjasama Alternate Records & Talents, Masih lagi mengekalkan konsep dan genre R&B, lagu ini membawakan mesej tentang erti cinta yang sangat mendalam.
Berbekalkan suara yang lunak dan merdu ini telah menjadikan lagu ‘Bila Hati Rindu’’ sebagai lagu runut bunyi untuk drama Samarinda: Bila Hati Memilih Dia.
‘Bila Hati Rindu’ bersinopsiskan perjalanan cinta yang penuh berliku.
“Cinta itu sangat luas. Bukan hanya tertumpu cinta kita kepada seseorang yang lain tetapi cinta kepada diri sendiri, kepada makhluk alam yang lain dan terutamanya cinta kepada tuhan. Rindu juga bukan sesuatu yang mudah. Perasaan itu sangat sakit tetapi dalam masa yang sama sangat membahagiakan.
Jadi, saya harapkan agar sesiapa yang mendengar lagu ‘Bila Hati Rindu’ ini dapat memahami mesej yang disampaikan dan dapat membuka hati semua untuk terus saling mencintai dan merindui. Diharapkan juga agar semua akan terhibur dan terus menyokong saya untuk lebih berkarya,” ujar Lah Ahmad.
Lagu Bila Hati Rindu nyanyian Lah Ahmad, edaran Alternate Records boleh didapati melalui platform digital atau didengar di saluran Youtube.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.