Sebuah Pertemuan REUNIC

SEBUAH PERTEMUAN 2.0 | REUNIC
Lagu: Abai Os | Lirik: Atie
© 2022 UNIC LEGACY (UNICDOTMY PRO)

REUNIC, satu jenama menggabungkan kumpulan UNIC bersama bekas-bekas anggotanya. Nama ini mula diperkenalkan pada tahun 2017.

Buat kali kedua, kali ini kemunculan REUNIC kali ini membariskan semua bekas anggotanya berbanding tahun 2017.

Sebuah Pertemuan menggabungkan REUNIC

Reunion kali ini membariskan sembilan anggota iaitu Bazli, Fakhrul dan Fitri selaku anggota UNIC bersama 6 lagi bekas anggota iaitu Fadzli, Wan Shah, Hafiz Hamidun, Fendi, Najdi dan Azlan. 

Bagi menaik momentum reunion, REUNIC tampil dengan sebuah lagu nafas baharu, Sebuah Pertemuan 2.0 yang diterbitkan menjelang aksi pentas kemuncak REUNIC The Finale pada 8 Oktober 2022.

Lagu ini merupakan ciptaan Abai Os (Hijjaz) manakala liriknya ditulis oleh Atie. Lagu ini pernah dimuatkan dalam album kedua UNIC, See You Di IPT (2003).


Sebuah Pertemuan 2.0 mempamerkan sedikit kelainan berbanding versi asal. Sesuai dengan usia penubuhan UNIC yang ke-20 tahun, imej mereka juga semakin berbeza apabila masing- masing membawakan imej tersendiri.

Lontaran vokal daripada setiap ahli dengan cara tersendiri menunjukkan bekas anak didik kumpulan Hijjaz ini masih mampu menyanyi dengan baik. Hasilnya, gandingan keunikan vokal inilah mereka kunci kekuatan mereka secara berkumpulan berbanding bergerak secara solo. 

Proses mixing dan mastering kali ini masih mengekalkan sentuhan Along Exists, satu nama besar yang sedia maklum hasilnya sentiasa terbaik. Walaupun muziknya lebih segar namun ia tidak lari jauh dari versi yang asal.

Kehadiran Sebuah Pertemuan 2.0 ibarat ubat rindu buat para peminat UNIC. Malah, penerimaan peminat jelas terserlah apabila lagu ini berjaya meraih lebih 40 ribu jumlah tontonan di Youtube dalam tempoh tiga hari.

Aksi kemuncak reunion ini sudah pasti pada konsert REUNIC The Finale. Namun, apa yang diharapkan ini bukanlah pengakhiran buat jenama REUNIC.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling