Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya berkolaborasi bersama Rabbani Empire Resources dalam penganjuran Konsert 25 Tahun ‘Simponi Kesyukuran Rabbani’.
Konsert yang pertama kali dilaksanakan oleh YWJ ini akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 30 Disember 2022 pada jam 8.30 malam.
Konsert ini merupakan inisiatif di bawah Unit Kesenian Islam, YWJ. YWJ telah memilih kumpulan nasyid Rabbani atas sebab populariti dan perjuangan Rabbani yang masih bertahan dalam industri muzik nasyid selama lebih dua dekad.
Konsert yang bakal berdurasi selama 2 jam itu turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Mawi, Hijjaz, Daqmie, Dinie Juri dan Aeydan serta penglibatan barisan pemuzik dari Yayasan Warisan Johor.
Persembahan yang bertemakan “Simfoni Kesyukuran Rabbani” juga akan diiringi dengan muzik Okestra dan perkusi, selain itu juga mengandungi, Qasidah, Tarian Sufi Munajat dan juga Sajak Pertarungan berserta Pentomen.
Bersesuaian dengan pengalaman 25 tahun Rabbani, konsert ini akan berlangsung beberapa segmen antaranya, pembukaan dengan kemunculan awal Rabbani dengan konsep Andalusia, seterusnya Nostalgia NadaMurni, Kebangkitan Nasyid, Tribute dan akhir sekali era pandemik dan terkini.
Tiket untuk konsert ini dijual pada harga RM58, RM88, RM128 dan RM188.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.