Neelofa Lancar Aplikasi The Noor Secara Rasmi


Aplikasi Islamik, The Noor, akhirnya boleh dimuat turun secara rasmi bermula 28 Januari 2021 yang lalu. Aplikasi ini merupakan projek di bawah kelolaan selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor.

Sebuah video klip pengenalan tentang aplikasi TheNoor telah pun disiarkan di laman Facebook dan Instagram Neelofa dengan menampilkan penyanyi Yassin yang mendendangkan sebuah lagu tema untuk aplikasi ini. 

Menurut Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Luminous Sdn Bhd, pihaknya meletakkan sasaran sejuta pengguna. 



 Aplikasi yang diwujudkan hasil perkongsian tiga rakan kongsi itu dilengkapi pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan. 

Lebih menarik, The Noor menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa Indonesia. 



 Seterusnya, penggunaan kombinasi warna yang terang dan menonjol pada beberapa tema yang tersedia – menjadikan antaramuka pada aplikasi ini kelihatan menyerlah. 

Seterusnya, membuatkannya kelihatan sedikit berbeza dengan daya tarikan yang tersendiri. Konsep yang diketengahkan juga kelihatan ringkas, ceria dan mesra pengguna yang mana sangat mudah untuk untuk difahami.

1 Comments

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling