Juara program realiti Big Stage (2018), Sarah Suhairi bakal tampil dengan single terbarunya, Kau Yang Bertakhta.
Menariknya, lagu ini merupakan cetusan idea daripada Isman Nadim, salah seorang anggota kumpulan nasyid Hijjaz, manakala liriknya ditulis oleh gandingan Isman (Hijjaz) dan Ustaz Izzat.
![]() |
Sarah Suhairi bersama Isman (Hijjaz) dan Ustaz Izzat |
Berita ini dikhabarkan sendiri oleh saudara Isman (Hijjaz) menerusi akaun laman sosial Facebooknya.
Minggu ni nak siapkan single terbaru untuk Sarah Suhairi.Tunggu eh! Kasi pecah!
Ini bukanlah kali pertama Isman (Hijjaz) menerbitkan lagu ketuhanan (nasyid) untuk artis-artis yang bukan dari industri ini.
Pada tahun 2014, Isman (Hijjaz) pernah menerbitkan sebuah lagu berjudul Hanya PadaMu nyanyian penyanyi Ainan Tasneem.
Lagu Kau Yang Bertakhta merupakan sebuah lagu diadunkan dengan alunan zikir yang disusun dengan rentak moden, sesuai dengan status Sarah Suhairi yang dikenali peminat muda kini.
Lagu ini dijangka akan diterbitkan dalam tempoh terdekat. Nantikan!
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.