Artis: Masriezan Masri
Komposer: Masriezan Masri
Lirik: Nazri Saidali/Mawar Kausar
Label: 2021 | S.Nazri Kausar Studio
Tirai 2021 turut dibuka oleh penyanyi nasyid dari Sabah, Masriezan Masri menerusi lagu terbarunya, Selagi Hayat.
Sebelum ini, Masriezan merupakan anggota kumpulan nasyid Varianz yang pernah muncul dengan album sulung mereka, Dunia Baru pada tahun 2012.
Perjalanan seni solonya pula telah menghasilkan dua buah album setakat ini iaitu Mengejar Impian (2014) dan Inskripsi Langit (2019).
Bertunjangkan mesej tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa, Selagi Hayat merupakan hasil keluaran sepenuhnya daripada anak seni negeri Sabah.
Iringan melodi muzik balada yang santai ciptaan Masriezan sendiri menjadikan lagu Selagi Hayat satu karya seni yang ringan muziknya namun mempunyai mesej yang cukup kuat.
Lirik gubahan Nazri Saidali dan Mawar Kausar cukup mudah untuk dihadam, tanpa bahasa puitis yang melampau. Secara tidak langsung, mesej lagu ini sampai kepada mereka yang mendengarnya.
Selain Selagi Hayat, Masriezan dijangka muncul dengan beberapa buah lagu lagi untuk tahun 2021.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.