Dr. Fitri Haris Terima Anugerah Khas Sempena ASEAN AWARDS 2021


Dr. Fitri Haris, Juara Gema Gegar Vaganza musim ke 2, Pensyarah Kanan, UUM dan juga merupakan bekas kumpulan nasyid UNIC telah menerima Anugerah khas penghargaan sempena ASEAN AWARDS 2021 yang berlangsung di JW Marriot Hotel, Surabaya, Indonesia pada 19 Mac 2021 bermula jam 8 malam waktu Malaysia.

Anugerah ini di terima di dalam kategori ASEAN ENTREPRENEUR EXCELLENCE AWARD WINNER 2021 yang mana mengkhususkan kepada INNOVATION, INSPIRE, CREATIVITY. Pemilihan juri dari Indonesia Awards Center bagi anugerah ini di ambil kerana kecemerlangan Dr. Fitri Haris di dalam menjalani perjalanan karier sebagi anak seni, ahli akademik dan ahli perniagaan di dalam fasa pandemic covid-19.

Bagi INNOVATION pihak juri bersetuju bahawa kajian ‘This is Nasyid’ yang di jalankan oleh Dr. Fitri sepanjang 7 tahun bermula 2013, termasuk ke beberapa negara seperti United Kingdom, Mesir, Indonesia dan Malaysia di tambah pula pada tahun 2020 ianya di sokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Dana Kandungan Digital, adalah bahan rujukan baru dan boleh di jadikan bahan legasi ilmu bukan sahaja di peringkat ASEAN malah ke peringkat antarabangsa terutama di dalam dunia pendidikan dan pelancongan budaya.

INSPIRE pula pihak juri memandang dari konteks seorang ahli perniagaan, anak seni dan ahli akademik yang berjaya bagi ketiga-tiga yang tersebut. Dalam membantu menjalankan perniagaan butik AL Mukarramah, tidak sunyi dari mengeluarkan lagu-lagu baru dan dalam masa yang sama seorang pensyarah kanan di UUM dan merupakan satu-satunya ahli akademik yang mempunyai kelulusan Ph.D di dalam Islamic Music di ASIA dan tersenarai di dalam 5 ahli akademik dunia yang mendalami ilmu muzik islam khususnya, pihak juri di khabarkan menjadikan ianya sebagai penilaian utama kepada Dr. Fitri Haris.

CREATIVITY pula di ambil dalam konteks bagaimana Dr. Fitri Haris menjalankan perniagaan dan berkongsi manfaat ilmu secara kreatif dan mudah di terima oleh masyarakat melalui ‘education dan Entertainment’.

Pihak pengurus acara yang di wakili oleh Luna Sofea telah menghubungi Dr. Fitri Haris supaya dapat hadir bagi menerima anugerah berprestij ini bagi menerima anugerah penghargaan berupa trofi kecemerlangan, sijil dan saguhati pemenang tersebut, namun di sebabkan kekangan pandemic COVID-19 ini menyukarkan urusan untuk ke sana, anugerah ini diterima oleh wakil yang di lantik khas bagi pihak Dr. Fitri Haris yang di uruskan oleh presiden IRAMA, En Ayob. 

PERANCANGAN DR. FITRI HARIS – PENERBITAN PERINGKAT ANTARABANGSA 

Kini Dr. Fitri Haris sedang menanti jawapan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysi dalam hasrat menerbitkan buku yang akan menjadi satu aras baru bagi dunia akademik amnya dan muzik khususnya. 

Buku yang mempunyai 6 jilid dan bersifat komprehensif ini akan menjadikan satu-satunya buku di Malaysia dan dunia sebagai sumber rujukan berkenaan muzik Nasyid di Malaysia. 

Beliau juga merancang menubuhkan dan membesarkan empire dunia Pendidikan dan hiburan Islam di masa akan datang. 

Semua di jemput melayari laman sesawang www.niyat.my bagi keterangan lanjut Sebarang persoalan dan soal jawab tambahan, boleh menghubungi Dr. Fitri terus di talian 011 26466442 atau emailkan ke drfitriharis@gmail.com.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling