“Warkah Munsyid” - Warkah 20 Tahun Far East


WARKAH MUNSYID | FAR EAST
LIRIK: FADZLI FAR EAST & HAZLINDA
LAGU: FADZLI FAR EAST & AMYBONG

© 2021 | SEVENTEEN MUSIC

Sedar tak sedar, tahun 2021 menyaksikan usia kumpulan nasyid Far East telah mencecah 20 tahun. 

Usia ‘matang’ yang diharungi kumpulan nasyid ini dibaluti dengan pelbagai cabaran, kemanisan dan dugaan. Malah, boleh dikatakan kumpulan nasyid ini antara yang kerap bertukar ahli.

Sempena ulang tahun ke-20, dua anggota Far East iaitu Nabil Ahmad,dan Shairiman Badzri berganding bahu bersama bekas- bekas anggota kumpulan itu iaitu Ahmad Fadzli Bakar dan Naim Helmi (Mirwana) serta jemputan Maliq Suhaimi membentuk Fareastimewa yang berkonsepkan Far East & Friends.

Gandingan suara ini telah melahirkan sebuah lagu berjudul Warkah Munsyid, sebuah lagu hasil ciptaan Fadzli (Fareast) dan Amy Bong manakala lirik ditulis oleh Fadzli dan Hazalinda.

Warkah Munsyid ibarat satu luahan perasaan yang telah dilalui Far East sepanjang 20 tahun mereka berada dalam industri nasyid.

Mahukah ku khabarkan 
Medan ini berona 
Bukan hanya putih tak bernoda 

Sedang kita di ukur 
Semua perlu sempurna 
Inilah ujian yang utama 
Indahnya burdah menjadi pelengkap selepasnya

Dua rangkap yang cukup mendalam maksudnya. Pengalaman Far East yang acapkali bertukar anggota membuktikan medan nasyid bukan semudah yang dibayangkan.

Namun kegigihan mereka mempertahankan nama Far East membolehkan kumpulan ini berjaya menerbitkan tujuh buah album.


Gambaran perjalanan seni Far East turut dipaparkan menerusi klip video Warkah Munsyid.

Lirik lagu yang terlalu berpuitis menjadikan lagu ini sedikit ‘berat’ untuk dihadam. Dari segi kekuatan vokal, tiada siapa boleh sangkal kemampuan kumpulan nasyid yang cukup popular dengan lagu Menanti Di Barzakh ini.

Warkah Munsyid merupakan satu naskah yang bukan sahaja menceritakan perjalanan seni Far East tetapi merupakan satu nasihat kepada generasi penasyid baharu.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling