![]() |
NIYATENSON FITRI HARIS, SYAHRIL INTEAM, ZAHID BAHARUDIN Lagu: Epy Shafik, Fitri Haris Lirik: Epy Shafik, Fitri Haris, Zahid © 2023 NIYATENSON EMPIRE SDN BHD MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM) |
Walaupun telah kembali ke pangkuan kumpulan UNIC secara rasmi pada tahun 2022, namun itu bukanlah penghalang buat Fitri Haris untuk berkarya secara solo.
Kali ini, Fitri Haris melalui syarikatnya, Niyat Studio, tampil berduet bersama Syahril Inteam dan Zahid Baharudin menerusi lagu Niyatenson.
Niyatenson merupakan lagu ciptaan Epy Shafik dan Fitri Haris manakala liriknya ditulis oleh Epy Shafik, Fitri Haris dan Zahid Baharudin.
Menurut Epy Shafik, Niyatenson merupakan lagu paling spontan yang pernah dihasilkannya.
Berkonsepkan santai, Niyatenson digarap dari bait dialog filem Allahyarham Seniman P. Ramlee iaitu niyat enson matakaji, sua sue kemuning, yang bermaksud niat seseorang yang sangat tekad di awal pagi hari.
Niyatenson menggabungkan garapan muzik irama Melayu Asli, Dikir Barat, Reggae dan Rap dalam satu naskah muzik yang santai. Lagu ini merupakan satu percubaan yang berani dalam mengetengahkan konsep seperti ini dalam industri nasyid Malaysia.
Gandingan vokal Fitri bersama Syahril Inteam dan Zahid Baharudin berjaya menghasilkan vibe yang mantap. Malah, penghasilan melodi lagu ini sangat tersusun dan sesuai didengari semua lapisan umur serta mudah difahamkan.
Kiranya Niyatenson boleh dimasukkan dalam kategori nasyid dan bukan nasyid. Standard lagu ini sememangnya universal dan mampu menepati citarasa pendengar muzik santai.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.