Selepas kejayaan single pertama, Kasih Terindah, berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 55 ribu sejak dilancarkan pada tahun 2020, Rizal Ismail tampil dengan single keduanya berjudul Korban Kasih.
Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Rizal Ismail sendiri. Proses rakaman Korban Kasih telah dijalankan di Longan Garage Studio dan turut menggunakan khidmat penyanyi Fuad Ko sebagai penyanyi latar.
Menurut Rizal Ismail, Korban Kasih menampilkan kombinasi tiga kisah dalam sebuah lagu.
"Akhirnya keluar juga single kedua, Korban Kasih. (Terdapat) tiga kisah dalam sebuah lagu iaitu pertama kisah pengorbanan seorang ibu kasih seorang anak. Kedua, pengorbanan seorang anak serta harapan seorang ayah, dan yang ketiga kisah pengorbanan seorang guru serta adab seorang murid. Hargailah mereka," ujar Rizal menerusi catatan di laman sosial Facebooknya.
Korban Kasih juga turut dicipta berinspirasikan dari petikan surah Al-Baqarah ayat 207.
"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya."
.
[Surah al-Baqarah ayat 207]
Diterbitkan oleh MVM Production Sdn Bhd, Korban Kasih menampilkan imej Rizal Ismail yang lebih segar tanpa terlalu terikat dengan imej nasyid. Namun lirik dan lenggok vokal Rizal Ismail masih lagi sama, tidak jauh beza ketika awal penglibatannya dalam industri seni.
![]() |
Rizal ketika bersama Destiny |
Perjalanan seni guru ini bermula bersama kumpulan nasyid Destiny. Bersama Destiny, tiga buah album berjaya dihasilkan iaitu Destiny, Bersama Rindu dan Indah.
Lagu Korban Kasih telah diterbitkan secara rasmi pada 26 Mac 2021 di platform rasmi MVM Productions.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.