JUDUL: SYAFAAT | ARTIS: UNIC Feat ZIZI KIRANA
LIRIK & LAGU : COPYRIGHT CONTROLLED
© 2021 | UNICDOTMY PRO SDN BHD
Kumpulan UNIC meneruskan kerjasama bersama Zizi Kirana apabila tampil dengan sebuah lagi lagu kolaborasi bersama berjudul Syafaat.
Syafaat merupakan kerjasama kedua selepas Purnama yang mendapat sambutan yang menggemparkan daripada para pendengar. Sebelum ini, lagu Purnama telah mencatatkan bilangan penonton melebihi 2 juta tontonan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi (dengan izinNya), maka terhasillah kolaborasi kedua bersama Zizi Kirana yang bertajuk Syafaat,”ujar UNIC dalam satu kenyataan.
Kehadiran lagu Syafaat ketika umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan menambahkan lagi sajian lagu Islamik dalam industri hiburan negara.
“Semoga buah tangan terbaharu ini memberi manfaat dan kesedaran bagi sesiapa yang ingin mengubah diri dalam bulan Ramadan kali ini. Banyakkan doa dan amalan yang membolehkan kita mendapat syafaat daripada Rasulullah,” ujar UNIC lagi.
Syafaat merupakan sebuah lagu qasidah yang cukup terkenal, Isyfa’lana. Susunan muzik kali ini menggunakan khidmat JK13, manakala rakaman lagu dibuat di studio Pulse Soundworks.
SYAFAAT RAIH RESPON POSITIF PEMINAT
“Berdiri bula roma mendengar suara Zizi Kirana. Memang pandai mengaji. Makhraj sebutan memang dengar sebijik (fasih),”.
![]() |
Sumber foto: UNIC |
Kenyataan ini antara respon pendengar yang mendengar lagu Syafaat. Hasil tinjauan di saluran Youtube, ramai yang memuji makhraj sebutan bahasa Arab oleh Zizi Kirana. Malah ramai juga yang mendoakannya untuk berhijrah ke arah kebaikan
Lantunan vokal qasidah Zizi Kirana tidak boleh dinafikan kesyahduannya. Walaupun pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil ini bukanlah seorang artis industri nasyid, namun alunan qasidah yang dibawanya berjaya memukau para pendengar.
Malah, bait-bait lirik Syafaat berjaya disebut dengan jelas oleh Zizi Kirana walaupun ia menggunakan bahasa Arab.
![]() |
Sumber foto: UNIC |
Pemilihan duo UNIC sebagai rakan kolaborasi adalah tepat. Pengalaman UNIC mencuba pelbagai genre muzik menerusi koleksi lagu mereka sebelum ini, menjadikan lantunan Syafaat bukan satu masalah yang besar buat mereka.
Tidak mustahil kejayaan Purnama akan berulang sekali lagi buat Syafaat yang merupakan sebuah lagu terbitan UNICDOTMY Pro Sdn Bhd.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.