Lah Ahmad Pertaruhkan Jatuh

ALBUM: JATUH
ARTIS: LAH AHMAD
© 2023 SOBATS MANAGEMENT


Sejak bergerak solo, Lah Ahmad telah membuktikan dirinya mampu kekal relevan dalam industri hiburan Malaysia.

Usai kehadiran album ketiganya, Selamat Datang Cinta pada tahun 2020 lalu, Lah Ahmad terus mengorak langkah menerusi album keempatnya, Jatuh. 

Jatuh merupakan manifestasi kejayaan Lah Ahmad dalam mengharungi 25 tahun dalam bidang seni hiburan. Album ini telah pun diperkenalkan secara rasmi ketika konsert ulang tahun ke-25 Lah Ahmad dalam bidang seni pada Januari 2023 yang lalu.

Konsep album ‘Jatuh’ menampilkan beberapa buah lagu baru dan yang lama tetapi akan memberi nafas baru pada lagu lagu tersebut. Semestinya, album ini mengekalkan identiti penyanyi bersuara lunak Lah Ahmad ini sebagai penyanyi Pop R&b. 

Album Jatuh memuatkan 95% lagu-lagu yang diciptakan sepenuhnya oleh Lah Ahmad. Album ini mengandungi lapan trek iaitu Ini Ceritaku (feat B-Heart), Jatuh, Ulangtahun, Kerna Sayang, Tunggu Kamu (feat Aina Abdul), Ayu, Ulangtahun (Instrumental), dan Jatuh (Instrumental).

Dua buah lagu menjadi taruhan utama menerusi album Jatuh.Menggunakan bakat dan kelebihannya, lagu ‘Jatuh’  dijadikan taruhan sebagai single utama. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Lah Ahmad sendiri. Single ‘Jatuh’ mengisahkan kisah jatuh cinta pada sesorang yang telah lama dinantikan dan setia terhadap cintanya sehingga ke akhir hayat. Single ini telah dilancarkan sepenuhnya pada bulan Disember 2022. 

Selain itu, single taruhan kedua dari album ini bertajuk 'Ulangtahun' ciptaan sepenuhnya oleh Asfan Shah.  ‘Ulangtahun’ merupakan lagu untuk pasangan yang bahagia dan sedang menyambut hari ulangtahun percintaan mereka.

Kelahiran album Jatuh secara simboliknya membuktikan Lah Ahmad masih relevan di arena hiburan atas dokongan para peminatnya yang setia. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling