![]() |
Sumber foto: ANAM |
Aniq Muhai, satu nama baru dalam industri nasyid Malaysia, mendapat undian tertinggi daripada para peminat sekali gus melayakkannya dinobatkan sebagai Artis Baru Pilihan bagi ANAM 2020.
Nama Aniq Muhai mungkin kurang didedahkan dalam media massa namun bagi mereka yang mengikuti karya-karya cover version keluaran Tarbiah Sentap Records, nama sosok tubuh ini sudah pasti dikenali.
Aniq Muhai atau nama sebenarnya, Aniq Muhaimin bin Ismail, mula menceburkan diri dalam industri nasyid dengan menganggotai kumpulan The 4aith.
![]() |
Aniq bersama The 4aith |
Nyanyian semula yang menaikkan nama The 4aith ketika itu adalah melalui cover version lagu Despacito nyanyian Justin Bieber, Daddy Yankee dan Luis Fonsi yang diubah liriknya dengan unsur dakwah dan ditukar tajuknya dengan Dengarilah.
Penerimaan pendengar terhadap The 4aith menyebabkan mereka terus merakamkan beberapa buah lagu yang diubah liriknya dengan unsur dakwah seperti lagu Love Yourself nyanyian Justin Bieber yang ditukar kepada Kembalilah, Locked Away nyanyian Adam Levine ditukar kepada Persahabatanku dan Photograph nyanyian Ed Sheeran ditukar kepada Mengingatimu.
Bermula tahun 2019, The 4aith difahamkan kurang aktif secara berkumpulan ekoran komitmen semua ahlinya yang berbeza. Titik tolak dari situlah, Aniq Muhai mengorak langkah secara solo.
Dengan mengekalkan konsep nyanyian semula lagu-lagu popular dengan gubahan lirik dakwah, Aniq berjaya merakamkan beberapa lagu seperti Kekuatanmu (Sweet but Psycho Cover),Vaaste(lagu asal Dhvani Bhanusali dan Nikhil D'Souza)
, Adik Berjilbab Ungu (lagu asal Bujang Buntu) dan Ku Mengerti (versi asal, I Don't Care).
![]() |
Single pertama Aniq Muhai |
Pada 14 Mac 2020, selepas lagu-lagu nyanyian semulanya mendapat sambutan, Aniq Muhai akhirnya merakamkan single pertamanya, Hingga Saat Akhir terbitan Tarbiah Sentap Records.
Lagu karya sepenuhnya oleh Adnin Roslan dan Aniq Muhai itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan mencatatkan lebih 200,000 tontonan sehingga Januari 2021.
Selain menyanyi, penuntut di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu ini turut mengembangkan bakat dalam bidang penulisan buku.
Aniq Muhai berjaya menerbitkan dua buah buku setakat ini iaitu Mencari Bahagia Yang Hilang dan Kerana Aku Sayang. Melihat kesungguhan dan bakat yang ada dalam dirinya, Aniq Muhai mampu pergi lebih jauh dalam industri nasyid Malaysia.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.