Tahajudku Lonjak Nama GAU Nasheed

gau nasheed
Tahajudku, percubaan kedua yang menjadi

Bergerak secara indie dalam industri nasyid Malaysia sememangnya diakui sukar tambahan pula di era muzik digital.

Pencapaian bilangan tontonan karya muzik yang tinggi di laman Youtube merupakan satu indikator kejayaan yang sudah pasti ingin dicapai oleh mana-mana bakat baru.

Setelah lebih tiga bulan dilancarkan, kumpulan GAU Nasheed akhirnya berjaya mencapai jumlah tontonan klip video mereka dengan angka yang boleh dibanggakan.

Menerusi lagu Tahajudku, karya seni nyanyian GAU Nasheed bersama seorang lagi bakat baru, Azim Zakir, berjaya mencapai jumlah tontonan melebihi 100,000 di laman Youtube sejak ia dilancarkan pada Oktober 2020.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Zuar Zuan tersebut telah menjalani proses rakaman di Shatibiyyah Studio, sebuah studio milik salah sebuah maahad tahfiz di utara Semenanjung Malaysia.

Tahajudku dialunkan dengan rentak balada persis nyanyian artis dari Indonesia. Alunan vokal merdu daripada GAU Nasheed bersama Azim Zakir memberi sengatan tersendiri, ditambah pula dengan melodi yang syahdu. Lagu ini sesuai untuk didengar ketika dalam keadaan sunyi.

Selain kekuatan melodi dan vokal, lagu ini turut dipukaukan dengan lakonan menjadi daripada selebriti Syed Iqmal atau sebelum ini dikenali dengan nama Dai Syed.


Nyata lakonan Syed Iqmal telah menambah perasa terhadap mesej yang ingin disampaikan menerusi Tahajudku.

Semua kombinasi faktor ini sekali gus telah melonjakkan nama GAU Nasheed untuk diperkenalkan dalam industri nasyid tanah air.

SIAPA GAU NASHEED?

Sumber foto: Facebook GAU Nasheed

Pertama kali mendengar nama kumpulan serta lagu Tahajudku, anggapan awal adalah mereka ini merupakan bakat seni dari Indonesia. Namun hakikatnya, mereka berasal dari utara Semenanjung Malaysia.

GAU Nasheed ditubuhkan pada tahun 2017. Pada awal penubuhan, mereka dikenali GAU Buskers memandangkan identiti mereka ketika itu adalah busking.

Transformasi dilakukan menjadi GAU Nasheed bagi membawa imej nasyid yang lebih universal. 

GAU merupakan akronim Gabungan Anak Utara. Kumpulan ini sedang mencipta nama terutama di utara Semenanjung Malaysia.

Tajahudku merupakan single kedua  yang dihasilkan oleh GAU Nasheed. Pada April 2020, mereka telah menerbitkan single pertama berjudul  Syurga Buatmu.

Syurga Buatmu merupakan karya melodi ciptaan oleh Allahyarham DJ Rizal Kedah.fm manakala liriknya ditulis oleh Allahyarham bersam Nazreen Johari.


Lagu tersebut telah mencapai bilangan tontonan sebanyak lebih 9000 tontonan sejak ia dilancarkan.

1 Comments

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling