Ketika era 1990-an, industri nasyid Malaysia turut disokong oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Mesir. Antaranya ialah kumpulan As-Shoff.
Nama rasmi kumpulan ini ialah Usrah As-Shoff, ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1993 di Mesir atas inisiatif Wan Abdus Salam Wan Mohamad, Zahibi Mat Isa dan Tengku Anuar Tuan Amir bersama dengan beberapa mahasiswa Universiti Al-Azhar kelahiran negeri Perak yang lain.
Nama As-Shoff membawa maksud “barisan”, dipilih bersempena dengan nama Surah As-Soff (surah ke 61 dalam al-Quran). Surah ini mengandungi ayat-ayat peringatan dan perjuangan yang diturunkan di Madinah di samping ingin menetapkan kepentingan perjuangan dan amalan kehidupan di dalam satu saf .
Pada awal penubuhannya, ahli usrah As-Shoff terdiri daripada mahasiswa jurusan Syariah dan jurusan Usuluddin bagi tahun dua dan tiga di awal penubuhannya.

Pembabitan dalam pertandingan nasyid khasnya ketika Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di Mesir telah melahirkan insan-insan seni yang kemudiannya secara serius terjun ke bidang seni rakaman suara bersama Usrah al-Wadi (kini Wadi el Jadid) yang telah ditubuhkan lebih awal dari penubuhan As-Shoff ketika itu .
Pelbagai aktiviti kesenian telah dianjurkan oleh badan-badan kebajikan anak negeri di Mesir khasnya oleh Kumpulan Pelajar Islam Perak Kaherah (KPIPK).
Pelbagai aktiviti kesenian telah dianjurkan oleh badan-badan kebajikan anak negeri di Mesir khasnya oleh Kumpulan Pelajar Islam Perak Kaherah (KPIPK).
As-Shoff akhirnya ditubuhkan dengan membariskan Wan Abdus Salam (pengurus dan pernah berkecimpung dalam muzik underground di Malaysia), Rusmin Adam (perkusi), Yazid Abd Hamid (perkusi) serta beberapa penyanyi yang terdiri daripada Zahibi Mat Isa , Lutfi Amir Harun, Allahyarham Abdul Hakim Hj Harussani (anak Mufti Perak) , Tengku Anuar Tuan Amir, Azwani Alias, Nizam Abd Hamid dan Ahmad Fikri Mahmod.
DISKOGRAFI ALBUM-ALBUM AS-SHOFF
1. Takkan Hilang Islam Di Dunia (1994)
DISKOGRAFI ALBUM-ALBUM AS-SHOFF
1. Takkan Hilang Islam Di Dunia (1994)
Bimbingan daripada kumpulan Usrah Al Wadi menjadi faktor utama lahirnya album sulung As-Shoff, Takkan Hilang Islam Di Dunia pada tahun 1994. Edaran untuk pasaran Malaysia dibuat oleh syarikat AVI Production.
Album ini mengandungi nukilan-nukilan lirik daripada Wan Abdus Salam, Doktor Jamnul Azhar, Zahibi Mat Isa dan Osman Hamzah dengan mengetengahkan isu-isu berkaitan pembuangan anak, tragedi perang di Bosnia, pencerobohan ke atas masjid Babri di India, pengkisahan dikriminasi jilbab di Malaysia dan lirik-lirik berkaitan jihad, perjuangan dan harapan pada wanita muslimah.
Ketika pelancaran album tersebut pada Disember 1994 di Asrama Melayu Abbasiyyah, As-Shoff berhadapan dengan situasi duka ekoran kematian salah seorang ahli ketika itu.
2. Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Islam Di Junjung (1995)
Album kedua berjudul “Di mana Bumi Di Pijak Di Situ Islam Di junjung ” dirakamkan di Nars City, Kaherah, Mesir. Album kedua ini telah mencorakkan variasi lagu-lagu nasyid daripada genre mach,pop rock, reggae, ballad, samba, tango dan nusantara.
Album kedua ini turut dipasarkan di Madinah, Jordan, Syiria,Maghribi dan Sudan melalui persatuan pelajar Malaysia sedia ada di negera-negara berkenaan.
Serentak dengan kemunculan album ini, As-Shoff melebarkan sayap pengedaran albumnya di Malaysia dengan melantik syarikat GG Edar. Kedua-dua jualan album pertama dan kedua telah berjaya dijual sebanyak 30,000 unit ketika itu di Malaysia.
Selepas lahirnya album kedua, As-Shoff lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti rasmi Persekutuan Mahasiswa Republik Arab Mesir (PMRAM) serta badan-badan kebajikan anak negeri yang lain di samping meneruskan pengajian ilmu mereka di Mesir.

Dalam masa yang sama, As-Soff telah menambahkan lagi jumlah ahlinya dengan kemasukan Jamil Seman- Perlis (vokalis), Adib Ramli dan Yuszaimi Muslil dari Selangor (Perkusi).
3. Berat Sama Dipikul Moga Islamkan Subur (1997)
Peluang bercuti di Malaysia dimanfaatkan sebaiknya oleh ahli-ahli Usrah As-Soff untuk berkumpul. Antaranya ialah Zahibi Mat Isa, Wan Abdus Salam, Lutfi Amir Harun, Abdul Raof Sanib (ahli baru) dan Yuszaimi Muslil. Mereka berkumpul bagi menerbitkan album ketiganya berjudul "Berat sama dipikul Moga Islam Kan Subur" pada tahun 1997.
Rakaman album ini telah dibuat di Studio Dreamwalk , Kuala Lumpur dan memuatkan 10 buah lagu. Album ini turut mendapat kerjasama syarikat Fantasia Music City (FMC) bagi mengedarkan album secara komersial.
Lebih menarik, pelancaran album ketiga ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan (ketika itu), Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 26 Jun 1997 ketika Konsert Penyatuan Mahasiswa/wi al-Azhar di Rumah Melayu. Mesir.
AS-SHOFF DAN IKHWAN'S DALAM ALBUM ZIKRAYAT
Selain menerbitkan album kumpulan sendiri, berapa ahli kumpulan tersebut turut mengambil inisiatif menerbitkan album-album penasyid yang lain. Antaranya ialah Zahibi Mat Isa dan Yuszaimi Muslil telah berjaya menulis lirik dan menerbitkan album An-Nida’(1995), album pertama mahasiswa Indonesia yang menuntut di Universiti al-Azhar.
Album Shautul Nahdzah (Suara Kebangkitan) pula diterbitkan pada tahun 1997-1998 dengan Zahibi Mat Isa selaku pembimbing dan pereka konsep untuk album berkenaan. Di samping itu juga Tengku Anuar Tuan Amir juga telah berjaya menerbitkan album nasyid kanak-kanak ( Raudhah 1997) di Kelantan.
BUBARNYA AS-SHOFF
Ahli-ahli As-Shoff membawa haluan masing-masing apabila pulang ke Malaysia. Setelah As-Shoff sepi, Zahibi tampil dengan projek kumpulan La Khauf bersama Mizi dan Marwan. Mereka menerbitkan album Di Palang Ini pada tahun 2007. Namun usia kumpulan tersebut sukar dipastikan.
Terima kasih kerana telah mendokumentarikan kisah As-Shoff - Wan Abd Salam
ReplyDeleteSama-sama
DeletePost a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.