Cahaya merupakan sebuah lagu ciptaan Along (Exists) atau nama penanya, G-Nola, manakala liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya.
![]() |
Vast bersama Along (Exists). Sumber: Facebook Vast |
Menurut kumpulan Vast, lagu Cahaya hadir selepas hampir tiga tahun penantian untuk diterbitkan.
"Jutaan terima kasih buat saudara Along (G-Nola) yang terus memberikan kepercayaan kepada kami untuk menzahirkan karya ilham daripada beliau. Banyak yang kami pelajari dari Along.Juga terima kasih buat saudara Ahmad Fedtri Yahya (pengacara & penulis lirik tanah air yang tidak asing lagi) yang bersama dalam penghasilan Cahaya kali ini," - VAST
Mengenai Vast, kumpulan ini pernah menghasilkan sebuah album pada tahun 2014 berjudul Variasi Alunan Satu Tujuan terbitan Ada Exists Sdn Bhd. Album tersebut menampilkan lagu Penasaran sebagai lagu hits utama
Pada awal kemunculan mereka dahulu, Vast dianggotai lima anggota. Namun kini, Vast bergerak secara duo iaitu Nazmil Husaini dan Aslam Othman.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.