Lions’ Den: Pasukan Mujahidin Di Nablus


Mujahidin Palestin yang dikenali sebagai Lions’ Den merupakan sebuah kumpulan bersenjata telah muncul dari Nablus, di utara Tebing Barat pada tahun 2022.

The Lion’s Den telah menjadi terkenal kerana serangan terhadap pos kawalan Israel, tentera penjajah dan penempatan haram Israel.

Israel telah cuba untuk menumpaskan kumpulan ini dengan pelbagai cara termasuklah operasi yang dinamakan "Break the Wave" yang membawa kepada serbuan hampir setiap hari dan megorbakan nyawa berpuluh-puluh rakyat Palestin. Tetapi sampai ke saat ini, kumpulan ini kekal aktif dan telah berjaya membuahkan hasil daripada penentenagan mereka.



1. Siapakah yang menganggotai Lions Den? 

Kumpulan ini terdiri daripada pemuda berusia awal 20-an yang mempunyai hubungan dengan empat parti politik uatama di Palestin iaitu Fatah, Hamas, Jihad Islam, dan Popular Front for the Liberation of Palestine.

Walau bagaimanapun, kumpulan telah berjuang merentasi kepentingan parti politik bahkan mereka telah berkata mereka bukan dimiliki oleh mana-mana pihak atau menerima arahan daripada pihak tertentu sebaliknya mereka memberi tumpuan utama ke arah memerangi penjajah Israel.

Beberapa anggota pernah berada di penjara Palestinian Authority (PA) sebelum ini disebabkan memiliki senjata. PA telah menahan salah seorang ahli berpegaruh kumpulan ini iaitu Musab Shtayyeh dari Hamas. Hal ini menyebabakan berlakunya peningkatan ketegangan di jalan sekitar Nablus. - 

2. Bilakah kemunculan awal kumpulan ini?

Kemunculan rasmi pertama Lions’ Den adalah pada 2 September semasa peringatan diadakan di Nablus untuk dua pejuangnya Mohammed al-Azizi, pengasas kumpulan ini dan Abd al-Rahman Sobh. Abd al-Rahman Sobh telah terkorban dibunuh oleh penajah Israel.

Matlamat kumpulan ini sentiasa tidak berubah iaitu menyerang tentera dan pendatang haram Israel. Kenyataan ini sedikit sebanyak telah menjatuhkan keangkuhan penjajah Israel.

The Lions’ Den juga menekankan kepada Palestinian Authority (PA) agar segala bentuk penentangan ini dituju hanya kepada penjajajah Israel. 

3. Siapakah di antara ahli kumpulan ini yang terkenal?

Pada 8 Februari 2022, pasukan khas IDF menembak mati tiga orang pemuda Palestin di dalam kenderaan mereka. Pemuda tersebut adalah Ashraf Mubaslat, Mohammad Dakhil, dan Adham Mabrouka meruapakan ahli Lions’ Den.

Pada 9 Ogos 2022, Ibrahim al-Nabulsi yang berumur 19 tahun yang dikenali sebagai Singa Nablus turut terkorban selepas IOF selepas mengepung sebuah rumah lama yang disembunyikannya dan melepaskan peluru berpandu ke arahnya.

Rakan pejuang Islam Sabbath turut terkorban dalam operasi tersebut. Nabulsi meraih sokongan daripada rakyat Palestin kerana beliau telah berjaya menyelamatkan diri daripada ditangkap IDF selama beberapa bulan dan kemudiannya muncul semula dalam keadaan berjuang melawan IDF. Umumnya, para pejuang begitu dihormati oleh kebanyakan rakyat Palestin.

Tamer al-Kilani salah seorang pejuang terkemuka kumpulan ini juga terbunuh selepas bahan letupan yang diletakkan di atas motosikal di Bandar Nablus diletupkan ketika beliau sedang melaluinya. The Lions' Den menyalahkan Israel, yang Tagi anggota kanan kumpulan ini Hamdi Qayyem, Wadee al-Hawah, dan Mish’al Baghdadi, juga terkorban selepas IDF menyerbu Nablus. 

4. Apakah yang akan dilakukan oleh Lions’ Den selepas ini?

Ketegangan di Tebing Barat terus memuncak apabila berlaku penangkapan, serbuan, dan pembunuhan setiap hari oleh penjajah Israel disebabkan berkembangnya pengaruh kumpulan pejuang bersenjata di Nablus dan Jenin. The Lions’ Den bertanggungjawab dalam melancarkan beberapa siri serangan termasuk yang berlaku pada 11 Oktober 2022 di mana seorang IDF terbunuh berhampiran penempatan Shavei Shomron, Nablus.

Bandar ini berada di bawah kepungan Israel dengan sekatan amat amat ketat terhadap pergerakan kira-kira 420,000 rakyat Palestin. Meskipun penjajah Israel melakukan pembunuhan yang disasarkan ke atas ahli kumpulan ini, sesetengah penganalisis percaya bahawa Lions’ Den adalah gerakan yang tidak boleh dihalamg.

Seramai 15-20 orang ahli teras yang dikehendaki oleh penjajah Israel telah enggan menyerahkan diri mereka walaupun kepada Palestinian Authority (PA). Jika gerakan ini dihalang nescaya akan ada pemuda-pemuda lain yang akan bangkit berjuang.

Sumber: Admin Hadis Palestin

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling