Suhaimi Saad Masuk ICU


Penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, 43, dilapor ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor. 

Perkara itu disahkan ketua kumpulam Inteam, Mohd Syahril Abdul Khalid. 

 Jelasnya, keadaan Suhaimi yang juga merupakan bekas anggota Inteam,  kurang baik dan sedang ditidurkan. 

Oleh itu, dia memohon orang ramai mendoakan Suhaimi kembali sembuh.

Difahamkan, Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badan susut. 

Suhaimi telah mendirikan rumah tangga bersama Diana Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling