Suhaimi Saad Kembali Ke Rahmatullah


Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru. 

Berita sedih mengenai kematian Suhaimi yang juga suami penyanyi, Ina Naim ini dikongsikan anggota Inteam, Hazamin di Instagram miliknya yang memohon disedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

"Sahabat kami, Suhaimi Saad telah kembali ke Penciptanya jam 7.40 malam tadi. Mohon semua mendoakan almarhum dan sedekahkan bacaan Al- Fatihah.

"Semoga Allah mengampuninya dan mengumpulkan rohnya bersama para solihin," tulisnya.

Perkongsian Hazamin itu dihujani komen daripada warga maya yang mengucapkan takziah kepada Ina dan keluarga di atas kehilangan suami tercinta. 

Allahyarham dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman akibat batuk kronik dialami sejak empat bulan lalu dan cirit-birit selama tiga bulan sehingga berat badannya turun mendadak.

Allahyarham dimasukan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Allahyarham Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling