Jauhari: Memori 2 Buah Album

Era kebangkitan nasyid kontemporari bermula tahun 1997, turut dimeriahkan dengan kehadiran sebuah kumpulan nasyid dari negeri Johor, Jauhari.

Jauhari
Kumpulan Jauhari pada awal penubuhan. 

Pada awal penubuhan, kumpulan ini dianggotai Jamil, Zainudin, Azmi dan Abu Bakar. Di bawah naungan Iram Perindu, mereka menerbitkan album sulung berjudul Salam Untuk Mu yang turut diedarkan oleh syarikat FMC Music pada tahun 1997.

Album pertama, Salam Untuk Mu.

Di dalam album sulung ini, antara lagu yang sering diputarkan di corong radio ialah Salam Untuk Mu dan Solla Alaik Allah. Rakaman album Salam Untuk Mu ini dilakukan di JBS Studio.

Trend memiliki anak didik turut diikuti Jauhari. Pada tahun 1998, Jauhari telah berjaya melahirkan anak didik mereka dari negeri Johor yang digelar kumpulan Kasturi. Ketik itu, kesemua ahli Kasturi merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda.

Adat dalam mana-mana kumpulan. Pertukaran ahli adalah satu perkara biasa. Jauhari juga tak terlepas daripada situasi ini.

Ketika proses rakaman album kedua baru bermula, dua anggota Jauhari iaitu Jamil dan Zainudin berundur daripada kumpulan ini. Kekosongan tempat mereka diisi oleh Shaiful dan Azhan.

Shaiful merupakan bekas anggota Fawwaz yang berpangkalan di Singapura manakala Azhan adalah bekas anggota Bisikan Hikmah semasa menuntu di University of Balka, Jordan.

Bagi menguruskan kegiatan seni, Jauhari turut menubuhkan syarikat Jauhari Entertainment.

Pada tahun 1999, album kedua mereka, Satu Kurnia diterbitkan. Masih diterbitkan oleh Irama Perindu, album ini diedarkan oleh Pelangi Zaman Trading.

Album kedua, Satu Kurnia

Satu Kurnia mengandungi lapan buah lagu iaitu Bismillah, Kurnia, Syari..Gurindam..Pantun ita, Aku Seorang Hamba, Zapin Selawat, The Way of Life, Aku Seorang Hamba (Acapella) dan Irama Murni.

Walaupun tidak menggotai Jauhari namun Zainudin Arsat masih bertindak sebagai penerbit album kedua kumpulan ini. 

Nama Jauhari mula tenggelam selepas kehadiran album Satu Kurnia. Masalah pemasaran album serta kegawatan ekonomi sekitar tahun 1998 menyebabkan kewujudan album ini tidak disedari ramai peminat nasyid.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling