Judul: Kisah Kita
Artis: Ieman Thaqeef
Lagu : Zack Maton / Hana Rosli
Lirik : Zack Maton
Tahun 2020 sememangnya memberi kesan emosi kepada murid-murid terutama bagi mereka yang tamat pengajian di peringkat sekolah rendah.
Tanpa sambutan majlis perpisahan, dan penutupan sesi persekolahan secara mengejut ekoran pandemik virus Covid-19, perjalanan sekolah rendah murid-murid tahun 6 berakhir begitu sahaja.
Guru muzik Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam, Cikgu Muhammad Zaquan bin Maton, telah mencipta sebuah lagu khas sebagai dedikasi khas buat semua permata tahun 6 sekolah terbabit sebelum tamat alam persekolahan rendah mereka yang lalu.
Lagu Kisah Kita mengetengahkan bakat nyanyian Ieman Thaqeef, yang juga merupakan murid tahun enam sesi 2020 lalu di sekolah terbabit.
Kisah Kita, merupakan satu karya yang mengisahkan kenangan-kenangan yang telah dilalui seseorang sepanjang bergelar pelajar. Secara tidak langsung, Kisah Kita merupakan satu nyanyian penghargaan buat para pendidik.
Vokal yang dimiliki Ieman Thaqeef telah berjaya menjadikan Kisah Kita sebuah nyanyian yang baik, sesuai dengan tahap usianya.
![]() |
Ieman Thaqeef. Foto: Facebook Ieman Thaqeef |
Bakat Ieman Thaqeef atau nama sebenarnya, Ieman Thaqeef Mutawalli bin Mohd Faizan, mewarisi daripada ayahnya sendiri, Ustaz Faizan Tajuid, seorang guru tarannum terkenal.
Sepanjang bersekolah, Ieman Thaqeef sangat aktif menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian. Antara kejayaan terakhir penyanyi cilik ini pada tahun 2020 adalah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020.
Kisah Kita telah dirakamkan sebagai single pertama Ieman Thaqeef di studio Tarbiah Sentap. Proses mixing dan mastering dibuat oleh orang kuat Tarbiah Sentap, Amin Nordin.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.