Kamarul Tetap Setia Dengan Karya Terbaharu

TETAP SETIA | KAMARUL x FADZLI FAR EAST
Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Fadzli Far East, Kamarul
© 2023 PRODUKSI KARYA POSITIF
 
Ibarat menjadi rutin setiap tahun. Penyanyi independen nasyid, Kamarul, meneruskan rutin tahunannya dengan menerusi single terbaharunya berjudul Tetap Setia.

Tetap Setia merupakan merupakan single ketiga selepas Kasih Tak Terlerai (2021), dan Seperti Semalam (2022).

Berbeza dengan dua buah singlenya sebelum ini, Tetap Setia mempamerkan sedikit transformasi apabila Kamarul mengambil langkah besar berduet bersama Fadzli Far East, satu nama yang dikenali dalam industri nasyid.

Langkah berani ini juga menjadikan single kali ini kedengaran lebih komersial berbanding sebelum ini. Malah, khidmat Fadzli Far East selaku komposer lagu telah menaikkan sedikit nama Kamarul dalam industri nasyid Malaysia. Buktinya, lagu ini telah mencapai lebih 700 bilangan tontonan dalam tempoh tiga minggu berbanding dengan single-single sebelum ini. Namun, usaha promosi perlu dilipat gandakan.

Tetap Setia hasil tulisan Fadzli Far East bersama Kamarul mengishkan peringatan dan nasihat bahawa Allah itu sentiasa bersama hambaNya dikala kita senang atau susah. Mesej yang hendak disampaikan ini, telah disusun dengan teratur dalam bait lirik Tetap Setia.


Paduan vokal Kamarul kedengaran semakin matang berbanding ketika awal kemunculannya. Malah, vokal kali ini kedengaran lebih nilai komersial. Paduan suara bersama Fadzli Far East tidak menenggelamkan vokal Kamarul selaku penyanyi utama lagu ini.

Kehadiran Tetap Setia membuktikan bidang nyanyian bukan sekadar hobi bagi Kamarul. Perubahan demi perubahan ditonjolkan menerusi single-single terbaharunya.

Tetap Setia diterbitkan di bawah label Produksi Karya Positif sejak 10 Februari 2023. Single kali ini dirakamkan di Upsound Studio.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling