Alunan Zikir Fattah Amin

ALBUM: ZIKIR FATTAH | ARTIS: FATTAH AMIN
© 2023 Masyhur (Universal Music) & Mukmin Pro

Personaliti selebriti terkenal, Fattah Amin, kian berubah dari semasa ke semasa. Bagi para peminat yang mengikut rapat perkembangan Fattah Amin, penghijrahan Fattah Amin ke bidang Islami jelas kelihatan.

Setelah dikenali dengan bakat lakonan, Fattah Amin kelihatan serius untuk aktif dalam bidang nyanyian. Bagaimanapun bukan lagu-lagu berkonsep komersial menjadi pilihan Fattah kerana dia sebaliknya menggemari genre dakwah, ketuhanan serta memuji dan memuja keagungan Allah. 

Sempena bulan Ramadhan 1444 Hijrah, Fattah tampil dengan album zikir berjudul Zikir Fattah. Album yang memuatkan lima alunan zikir berirama ini diterbitkan secara khusus menerusi aplikasi Mukmin Pro. 

Lagu-lagu zikir yang diterbitkan oleh Mukmin Pro ini adalah sebahagian daripada fokus baru Fattah dalam menghasilkan lebih banyak kandungan zikir dan muzik Islamik. 

Lima trek zikir iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, RabbiYassir, dan Zikir Fatimah tersedia di aplikasi Mukmin Pro. 


Projek ini dihasilkan dibawah jenama Masyhur iaitu label rekod dibawah Universal Music yang turut menyokong inisiatif ini. 

“Keinginan kami (bersama isteri Fazura) untuk buat aplikasi dah lama wujud. Kami terdetik, satu hari kami teringin nak ada program begini. Disitulah bermulanya kami 'create' aplikasi Mukmin Pro. Sebenarnya saya dengan Fazura banyak plan untuk buat lebih banyak lagi selain dari features-features yang ada dalam Mukmin Pro. 

“Salah satunya Daily Zikir yang sebelum ini kita plan, waktu itu terdetik kenapa tak buat sendiri. Memandangkan saya artis Universal Music, dua lagu sebelum ini dengan mereka pun lagu ketuhanan. 


“Jadi saya terfikir, dah ada features Daily Zikir kenapa tak buat zikir daripada saya dan mungkin lepas ini ada banyak lagi artis-artis Masyhur ataupun ada lagi artis-artis kat luar genre nasyid, Islamik dan Ketuhanan yang kita boleh berkolaborasi untuk kita letak dalam features Halwa," ujar Fattah Amin.

Selain apliksi Mukmin Pro, lagu-lagu zikir ini juga boleh dihayati melalui aplikasi digitL Spotify, Apple Music dan Youtube.

Mengenai Mukmin Pro, ia merupakan aplikasi Islamik komprehensif yang mempunyai kompas qiblat, waktu solat, pembacaan dan terjemahan Quran, serta alat Islamik lain. Aplikasi ini tersedia di platform iOS, Android dan Huawei. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling