Seruan ‘Inni Tawakkaltu’ Daripada Hafiz Hamidun

INNI TAWAKKALTU | HAFIZ HAMIDUN
Lagu: Hafiz Hamidun | Lirik: Ito Lara
© 2023 ARTEFFECTS SDN BHD

Kosistensi Hafiz Hamidun dalam berkarya sentiasa membuahkan hasil yang indah dan semakin matang. Malah, satu per satu karya seninya mencerminkan penelitian yang mendalam dan bukan dalam kategori tangkap muat. 

Sinonim dengan vibe terapi emosi, Hafiz Hamidun tampil dengan sebuah lagi naskhah motivasi emosional berjudul Inni Tawakkaltu.

Lagu ini menggandingkan sentuhan melodi ciptaannya sendiri manakala lirik ditulis oleh Ito Lara, yang sememangnya dikenali dengan penulisan yang ada ‘roh’ yang ‘merasuk jiwa’.

Inni Tawakkaltu mengisahkan tentang kekuatan jiwa seseorang untuk menerima dan menyerahkan segala urusan kepada Allah setelah berusaha sebaik mungkin. 


Menurut Hafiz, lagu ini ibarat doa untuk semua yang mendengar.

“Saya pernah jatuh, merangkak dan bangun kembali. Saya rasa, semua orang pernah alami situasi ini. Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami semua orang. Jadi, saya harap Inni Tawakkaltu boleh menjadi penguat semangat untuk semua, supaya terus berusaha dan akhirnya berserah dan tawakkal kepada Allah,” ujar Hafiz Hamidun.

Inni Tawakkaltu mempamerkan sisi muzik tahap antarabangsa yang ditonjolkan oleh Hafiz. Muzik diadun dengan elemen muzik Timur Tengah disamping menggunakan khidmat para pemuzik tempatan dan antarabangsa di dalam garapan gubahan muzik termasuk iringan orkestra dari Istanbul, Turkiye.


Proses adunan dan mastering single ini juga mendapat sentuhan jurutera muzik antarabangsa iaitu Greg Henderson dan Don Bartley dari Australia. 

Inni Tawakkaltu telah berada di medium digital bermula 27 Januari 2023. Lagu ini diterbitkan oleh Arteffects Sdn Bhd.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling