Darah seni warisan keluarga yang mengalir dalam diri digunakan sebaik mungkin oleh penyanyi Bienda. Ibu Bienda, Sheeda, merupakan penyanyi dangdut era 1990-an manakala bapanya, merupakan ahli Kumpulan Desire iaitu Razli Hussein.
Tambahan pula, Bienda juga merupakan anak saudara kepada pelakon terkenal sekitar awal era millenium 2000-an iaitu Norseha Hameed.
Pemilik nama sebenar,Nor Razlinda binti Razli, telah berkecimpung dalam dunia seni Malaysia sejak di bangku sekolah lagi.
Bienda mula terlibat dalam dunia seni melalui kumpulan Solehah yang ditubuhkan pada Ogos 1997. Mereka hadir ketika era nasyid kontemporari sedang berada di kemuncak. Keberanian Solehah tampil dengan genre nasyid saduran dangdut menyebabkan mereka sentiasa menjadi bualan hangat. Bersama Solehah, Bienda sempat menghasilkan empat buah album iaitu 25 Nabi (1997), Nikmat Allah (1998), Alaf Baru 2000 (1999) dan Koleksi Terbaik Solehah (2001).
Bienda berundur daripada Solehah pada tahun 2002 bagi merealisasikan impiannya untuk bergerak secara solo.Kali ini, Bienda membuat perubahan ketara dari aspek aliran muzik dan imejnya. Bienda mengetengahkan genre world music dengan imej bertudung dan gypsy. Ketika ini, wujudnya istilah fesyen 'tudung Bienda' yang turut mencetuskan sedikit kontroversi.

'UNIK' DAN 'KENALIKU' DARIPADA BIENDA
Di bawah label A.O.E Records, Bienda tampil dengan album sulungnya, Unik. Sesuai dengan judulnya, kali ini Bienda dilihat cuba keluar dari imej kumpulan Solehah. Album ini mendapat sambutan ramai peminat. Antara lagu yang hits dalam album ini, Penantian, Renungkanlah, Dikir Rindu (duet bersama Eddie Hamid) dan Ilusi Maya.

Malah, Bienda telah berjaya menjejakkan kaki ke Separuh Akhir Muzik Muzik 19 menerusi lagu Ilusi Maya. Bienda telah mendapat pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.
Sasaran Bienda bukan sekadar peminat nasyid, malah lebih meluas. Walaupun lagu-lagunya masih berunsur positif, namun Bienda dilihat cuba keluar dari imej nasyid.
Karier seni Bienda divariasikan lagi melalui bidang lakonan. Antara drama dan telefilem terawal yang pernah dibintangi Bienda ialah Mr. Pian (2003), See You Di IPT (2004), Surat Untuk Bulan (2004), dan banyak lagi. Bienda turut menjadi pelakon dalam beberapa buah filem iaitu Budak Kelantan, dan 4 Madu.
Bagi menaikkan bakat seninya, Bienda pernah berduet bersama beberapa artis terkenal, Antaranya, Amy Search menerusi lagu Syurga dan Neraka (2006) yang dimuatkan dalam album studio penyanyi rock itu yang berjudul Ikon: A Rockstar Chronnicle.

Selepas enam tahun tanpa sebarang album, Bienda telah muncul dengan album keduanya iaitu Kenaliku (2009) menerusi syarikat rakamannya, Impiana Entertainment. Album ini secara total menggunakan dananya sendiri. Namun, album ini tidak seindah album Unik dari segi jualan.
Pada tahun 2017, Bienda telah terpilih menyertai program realiti TV Gema Gegar Vaganza (GGV).
Namun "gema" Bienda dalam pertandingan tersebut terhenti pada Minggu Kedua Konsert GGV. Walaupun tersingkir di minggu kedua, Bienda berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan semasa malam konsert itu dan menyifatkan penyingkirannya sebagai tiada rezeki untuk meneruskan perjuangan dalam rancangan nyanyian realiti TV tersebut.
'Gema' Bienda sekadar terhenti di GGV namun bukan dalam dunia seni. Pada 8 Disember 2017, beliau telah melancarkan sepenuhnya "single" terbarunya iaitu Jaga Hati. Pada 12 April 2018, Bienda telah melancarkan klip video muzik single terbarunya Jaga Hati bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.
“Album Bienda Kenaliku pada 2009 gagal di pasaran. Album itu saya terbitkan sendiri menggunakan wang simpanan. Memang saya sangat kecewa kerana ia tidak mendapat sambutan. Pada masa sama, stesen radio pula ‘demand’ dan semua lagu dalam album itu tidak mendapat sokongan stesen radio tempatan," ujar Bienda ketika pelancaran single Jaga Hati pada tahun 2018.
Pada tahun 2017, Bienda telah terpilih menyertai program realiti TV Gema Gegar Vaganza (GGV).
Namun "gema" Bienda dalam pertandingan tersebut terhenti pada Minggu Kedua Konsert GGV. Walaupun tersingkir di minggu kedua, Bienda berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan semasa malam konsert itu dan menyifatkan penyingkirannya sebagai tiada rezeki untuk meneruskan perjuangan dalam rancangan nyanyian realiti TV tersebut.
'Gema' Bienda sekadar terhenti di GGV namun bukan dalam dunia seni. Pada 8 Disember 2017, beliau telah melancarkan sepenuhnya "single" terbarunya iaitu Jaga Hati. Pada 12 April 2018, Bienda telah melancarkan klip video muzik single terbarunya Jaga Hati bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.
Selain menyanyi dan berlakon, Bienda juga pernah menjad pengacara dan DJ radio tempatan. Semangat Bienda menjadikan karier seninya terus bergema selagi termampu.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.