Nasyidcore Daripada Pasca Sini

ALBUM: NASYIDCORE
ARTIS: PASCA SINI
© 2023 PASCA SINI VENTURES

Awas! Bagi mereka yang ‘tertutup’ dengan aliran muzik nasyid kontemporari, projek muzik kumpulan Pasca Sini bukanlah satu pilihan.

Bergerak secara independen, kumpulan pop punk Pasca Sini mengukuhkan tapak perjalanan muzik mereka dengan sebuah projek EP berjudul Nasyidcore.

EP kali ini menampilkan sedikit kelainan apabila konsep lirik keinsanan, kerohanian dan kebangkitan dijadikan sandaran utama disamping masih mengekalkan ideologi muzik Pasca Sini.

Memuatkan 4 buah trek lagu, Nasyidcore merupakan salah satu naskah muzik pilihan bagi mereka yang lesu.

Dimulakan dengan lagu Intifada (cover version), lagu nyanyian asal kumpulan Rabbani ini telah diubah suai mengikut aliran muzik Pasca Sini. Kolaboratif mereka bersama Zarif Crazy Grizzly berjaya menghidupkan semangat pendengar terutama pendengar baharu bagi band ini.

Kemuncak momentum Nasyidcore adalah menerusi duah lagu, Emas & Perak serta Atmosfera. Dua trek ini menampilkan identiti muzik utama Pasca Sini yang pasti tidak akan menidurkan pendengarnya.

Trek terakhir, Alhamdulillove, merupakan trek terakhir. Lagu ini sesuai dijadikan trek komersial yang membolehkan semua golongan menghayatinya. Lebih berentak ringan, Alhamdulillove ini mudah dihadam liriknya. 

EP Nasyidcore merupakan satu projek muzik yang tidak mengecewakan. Walaupun Pasca Sini merupakan band independen namun hasil muzik mereka cukup teliti dan tersusun.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling