Akademi Qurra': Tiada Penyingkiran Pada Minggu 5


Akademi Qurra' terbitan stesen televisyen AlHijrah telah memasuki minggu kelima. Pada minggu kelima ini menyaksikan tiada penyingkiran peserta program realiti tersebut.

Minggu kelima ini turut menyaksikan dua peserta mendapat markah terendah iaitu Tilmizah Nazhirah atau Nurnazhirah Shaharudin, 24, dan Tilmizah Maghfirah atau Nik Maghfirah Nik Abd Rahman Zaki, 19. 

Dalam masa yang sama,Tilmiz Zuhdi atau Muhammad Nur Zuhdi Mohd Daud, 25 menerima Anugerah Alunan Terindah pada minggu ini. Zuhdi akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan sebuah rehal. 


Pada minggu keenam nanti, sembilan orang peserta iaitu Tilmiz Zuhdi, Tilmiz Faridzuan, Tilmiz Akasyah, Tilmiz Saifullah, Tilmiz Fahmi, Tilmizah Nooraini, Tilmizah Nazhirah, Tilmizah Maghfirah dan Tilmizah Shafiyah kekal mara ke minggu hadapan.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling