Tilmiz Afif Tersingkir Minggu Keempat


Minggu keempat program realiti Akademi Qurra’ terbitan TV Alhijrah telah menyaksikan penyingkiran Tilmiz Afif atau nama sebenarnya Abdullah Afif Mohd Ariffin.

Tilmiz Afif merupakan salah seorang daripada dua peserta yang dipanggil untuk tampil kerana mencatat prestasi kurang memberangsangkan dan markah tercorot minggu ini. 

Tilmizah Nazhirah (Nur Nazhirah Shaharuddin) turut bersama-sama Tilmiz Afif sebelum hos, Fakhrul Radhi Kamaruddin mengumumkan penyingkiran Tilmiz Afif.

Dalam pada itu, pengumuman kejutan pada saat akhir yang dilakukan minggu ini juga menyaksikan rombakan para peserta dengan Mudarris dan Mudarissah masing-masing. 

Mulai minggu depan, Mudarrisah Sofizah Mousin akan menaungi Tilmiz Fahmi (Muhamad Nurfahmi Zainal), Tilmizah Shafiyah (Aina Shafiyah Selamat) dan Tilmizah Nazhirah. 

 Sofizah yang nyata terkejut dengan pengumuman itu berkata ia sesuatu yang menyedihkan. 

 “Saya telah latih mereka (bekas Tilmiz/Tilmizah) dan saya tahu kelemahan mereka dan apa yang perlu ditambah baik. Mungkin apabila jadi macam ni (rombakan), mungkin saya terpaksa bermula semula,” ujarnya.

Sementara itu, Mudarris Ammar Mukhlis pula akan membimbing Tilmizah Dr Nooraini (Nooraini Abdullah), Tilmiz Faridzuan (Muhammad Nur Faridzuan Basar) dan Tilmiz Akasyah (Muhammad Akasyah Md Yunos. Ustazah Farhatul Fairuzah Panut pula akan mula menjadi Mudarrisah kepada Tilmiz Saifullah (Saifullah Khanip Rofli), Tilmiz Zuhdi (Muhammad Nur Zuhdi Mohd Daud) dan Tilmizah Maghfirah (Nik Maghfirah Nik Abdul Rahman Zaki). 

Minggu ini juga menyaksikan Tilmizah Nooraini dinobat penerima Anugerah Alunan Terindah selepas menjadi peserta kedua tercorot pada minggu lalu.

Sembilan peserta meneruskan perjuangan di Akademi Qurra’ pada minggu kelima selepas tiga peserta disingkirkan setakat ini. 

Sumber: AlHijrah News

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling