Alunan Muzik Padang Pasir Warnai Marhaba

Hafiz hamidun

Album: Marhaba
Artis: Hafiz Hamidun

Label: 2021 Arteffects Sdn Bhd

Kelahiran album keenam penyanyi Hafiz Hamidun mengakhiri penantiannya selama lima tahun bagi proses rakaman album ini. Nyata, tempoh masa yang lama untuk menerbitkan album kali ini setimpal dengan kualiti album yang dihasilkan.

Album Marhaba berimejkan salawat Islami moden. Apabila mendengar album ini, kualiti audio bertaraf antarabangsa sangat jelas. Sesuailah dengan proses rakaman yang turut dijalankan di negara Turki dan Malaysia.

Diterbitkan secara pasaran digital dan album fizikal, Marhaba dibuka dengan lagu pertama berjudul Ya Imam Ar-Rusli. Pengaruh muzik Arab membuka selera telinga para pendengar untuk terus mendengar trek-trek lagu seterusnya.

Selepas trek pertama, perjalanan muzik album ini diteruskan dengan beberapa alunan salawat Islami yang acapkali kita dengar iaitu Ahmad Ya Habibi, Khairal Bariyyah (feat Nauzal Zayne), Tola' Al-Badru 'Alayna , Maulan Siwallah,Tholama Ashku Ghoromi, Man Sagher Habeetak, Khairal Bariyyah, Marhaban dan Mawlay Ya Solli.

Semua alunan salawat ini diiringi alunan melodi yang menenangkan, sesuai dengan konsep album ini yakni meneruskan siri Zikir Terapi yang sinonim dengan imej Hafiz Hamidun. Sebutan bahasa Arab oleh Hafiz Hamidun juga cukup jelas dan lancar, menambahkan lagi seri album ini.


Selain alunan salawat, Marhaba turut memuatkan tiga lagu nasyid iaitu Yang Dinanti, Penyelamat Ummah dan Rampai Selawat. Mengekalkan tema cintai Rasulullah, ketiga-tiga lagu ini tidak kurang hebat dalam merancakkan lagi album ini.

Teliti, berkualiti dan kreatif, tiga kata semangat yang boleh diberikan kepada anak seni ini. Tak salah jika album Marhaba ini dianggap antara masterpiece terbaik yang pernah dihasilkan oleh Hafiz Hamidun.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling