Portal Sophia.my, satu platform pembelajaran percuma telah dibangunkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Sophia.my merupakan satu inisiatif untuk membantu menangani masalah generasi murid cicir atau lost generation akibat kesan daripada pandemik Covid-19.
Bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam tersebut, inisiatif baharu di bawah gerakan pendidikan #UntukMalaysia itu untuk menanggung beban kehilangan waktu belajar atau 'lost of learning' dalam kalangan murid.
Laman Sophia.my mengandungi lebih 13,000 pengisian pendidikan untuk dimanfaatkan bukan sahaja kepada murid, malah guru, ibu bapa serta seluruh rakyat Malaysia.
"Kepada ibu bapa dan anak-anak, manfaatkanlah Sophia.my sebagai tempat meneroka segala ilmu dan silibus yang tertinggal. Kepada guru-guru, Sophia.my juga ialah pusat sehenti untuk bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya juga mengalu-alukan guru-guru untuk berkongsi bahan mereka sendiri untuk dimanfaatkan oleh semua pengguna,"- Dr. Maszlee Malik.
Daftar masuk ke platform Sophia.my boleh dibuat melalui pautan http://sophia.my serta boleh menyertai grup Telegram Komuniti Sophia untuk sistem sokongan dan penambahbaikan di https://t.me/komunitisophia.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.