UNIC, Fitri Haris Bersatu Dalam C U D IPT


Dua Juara Gema Gegar Vaganza (GGV), sebuah rancangan realiti televisyen nasyid yang pernah diterbitkan oleh Astro, akhirnya berpadu suara untuk sebuah rakaman terbaru mereka.

UNIC dan Fitri Haris, masing-masing Juara GGV musim pertama dan kedua, kembali bersatu menerusi lagu C U D IPT (Acoustic 2021). 


C U Di IPT merupakan sebuah lagu lama yang dimuatkan dalam album kedua UNIC, See You Di IPT pada tahun 2003. Ketika itu, Fitri Haris merupakan salah seorang tunjang vokal utama UNIC.

Rakaman semula lagu nasyid malar hijau ini mengimbas kembali populariti nasyid 'cintan' yang pernah mendapat sambutan para remaja ketika itu.

Malah, lagu ciptaan asal komposer Wan Shah (ex-UNIC) manakala liriknya ditulis oleh Atie dan Ito Lara pernah membawa kepada terhasilnya sebuah telemovie lakonan UNIC sendiri, See You Di IPT. Telemovie tersebut turut dibintangi Bell Ngasri dan Bienda selaku pelakon utama.

Sumber foto: Facebook Bazli UNIC

Bagi versi akustik, C U D IPT telah menggunakan khidmat Farred Zane dan Ruby Wahyu selaku pemain gitar. Proses mixing dan mastering pula dilakukan oleh Bazli UNIC.

Kehadiran lagu nafas baru ini merupakan kesinambungan projek Back2Basic yang ditayangkan secara langsung di saluran Youtube UNIC pada 31 Disember 2020. 



Dalam rancangan tersebut, UNIC dan Fitri Haris bergandingan menyanyikan lagu-lagu malar hijau mereka seperti Zinnirah, Kawan, Hakikat Bahagia, Langkah Tercipta, Remaja dan Kau Sahabat Kau Teman (nyanyian asal Hijjaz).


Langkah merakamkan semula lagu C U Di IPT mendapat reaksi yang baik daripada para peminat. Malah, gandingan dua sang juara GGV ini telah mencetuskan idea supaya Fitri Haris kembali menyertai kumpulan nasyid lamanya tersebut.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling