Damai and Friends Lancar Klip Video Syukur Selalu


Setelah ditangguhkan untuk beberapa ketika, akhirnya kumpulan Damai and Friends membuka tirai tahun 2021 menerusi klip video lagu berjudul Syukur Selalu.

Syukur Selalu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Farred Zane, yang turut bertindak sebagai penyanyi Damai and Friends.

Lagu ini merupakan lagu terbaru kumpulan ini yang telah diterbitkan di beberapa platform digital seperti Deezer, Spotify dan Itunes sejak Mei 2020. 

Syukur Selalu telah melalui proses rakaman di studio Inteam. Kali ini, tenaga Mai Fussionista dan Zulkarnain Mat Nor bertindak sebagai penerbit manakala susunan muzik oleh Zulkarnain dan Wan Saleh. Lagu ini diterbitkan oleh Mestica Production untuk pasaran di platform digital.


Klip video Syukur Selalu pula telah diarah oleh Ramzul Ikbar Saiful Aula, dan dibantu oleh Irfan Hafizi. Bagi terbitan video, Damai Creative Production telah bertindak sebagai penerbit.

Menyentuh mengenai lagu terbaru ini, Damai and Friends mengetengahkan genre pop yang lebih bersifat cathcy. Secara tak langsung, Syukur Selalu boleh dianggap sebagai sebuah lagu yang tidak terlalu berat untuk pendengar.
Damai and Friends merupakan sebuah kumpulan band nasyid. Mereka dianggotai oleh Fendi Damai (bass), Amman Damai (keyboard dan flute), Fairus Damai (dram dan perkusi), manakala Farred Zane dan Irfan Hafizi bertindak sebagai vokalis.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling