Artis: Ezyree Fayyad
Komposer: Nazri Saidali / Suria L.Penulis Lirik: Mawar Kausar
Label: 2021 | S.Nazri Kausar Studio
Membuka tirai tahun 2021, nama Ezyree Fayyad muncul menerusi single terbarunya yang telah mula diterbitkan di laman Youtube sejak 2 Januari 2021.
Bakat baru dari negeri Sabah ini tampil memeriahkan industri nasyid Malaysia menerusi lagu yang berjudul Husnul Khotimah.
Husnul Khotimah merupakan cetusan lirik daripada Mawar Kausar manakala alunan melodi dicipta oleh gandingan Nazri Saidali dan Suria L.
Nama Ezyree Fayyad mula disedari apabila lagu Husnul Khotimah muncul seiring dengan kehadiran lagu Selagi Hayat nyanyian Masriezan Masri. Malah, khidmat Masriezan turut digunakan sebagai penyanyi latar lagu ini.
Bergerak dalam industri yang penuh mencabar ini secara indie terutama di negeri Sabah pula, langkah berani Ezyree Fayyad seharusnya diberi pujian. Sekurang-kurangnya, bakat baru ini berusaha membuktikan penasyid dari Sabah juga mempunyai karya yang berkualiti untuk diketengahkan.
![]() |
Ezyree Fayyad semasa rakaman lagu. Sumber: Facebook Ezyree Fayyad |
Husnul Khotimah telah meletakkan pop balada sebagai alunan melodi, sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu ini iaitu kematian yang baik.
Lirik yang puitis ringan mudah difahami pendengar yang mendengar lagu ini. Tiada garapan bahasa puisi yang tinggi digunakan oleh Mawar Kausar selaku penulis lirik lagu ini. Sekali gus ia menjadikan Husnul Khotimah sebuah lagu yang 'ringan' dan santai.
Vokal Ezyree Fayyad dalam lagu Husnul Khotimah tidaklah mengecewakan. Kesyahduan nyanyiannya menepati tema lagu yang ingin ditonjolkan. Namun untuk lagu yang akan datang, Ezyree Fayyad perlu mencabar diri sendiri untuk lantunan vokal yang lebih tinggi, sama seperti lagu-lagu nyanyian semula yang dibawanya menerusi laman Youtubenya.
Sebagai permulaan, Husnul Khotimah kiranya sesuatu yang cukup menarik untuk para peminat nasyid memasukkannya sebagai lagu yang perlu didengar dan dihayati.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.