Dalam tempoh hampir tiga bulan diterbitkan sejak November 2020, lagu Diciptaku Untuk Mencintaimu telah berjaya mencatatkan bilangan penonton melebihi 60,000 tontonan di laman Youtube.
Seramai lima belas orang vokalis qasidah telah berpadu tenaga dalam sebuah lagu yang berjudul Diciptaku Untuk Mencintaimu.
Lagu ini merupakan sebuah projek khas bersempena dengan ulang tahun ketiga Shatibiyyah Studio, sebuah studio produksi yang berpangkalan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Lima belas vokalis qasidah yang terlibat ialah Ustaz Neezam Al Banjari, Ustaz Suhaizi Al Madadi, Ustaz Hafiz Hashim, Ustaz Zikri Ghazali, Ustaz Omar Faruq, Munir Azlin (Syabab El-Mustofawiyah), Gus Husaini, Ustas Faiz Abd Rahman, Suhaim Manshor, Nasih & Fitri, Luthfiy Al Maahadiy, Arif (Nadil Wasithiyyah) , Faiz Zaidan (IZHAN), Umar Razeeq (Shoutus Shatibi) dan Deen As Salam (Pemuzik jemputan).
Diciptaku Untuk Mencintaimu merupakan karya nukilan Ustaz Neezam Al-Banjari. Rakaman lagu ini telah diadakan di Shatibiyyah Studio dan Dewan Selawat Studio.
Lagu Diciptaku Untuk Mencintaimu boleh didengar di laman Youtube atau muat turun digital di platform Spotify, Itunes dan Deezer.
SHATIBIYYAH STUDIO AKTIF TERBIT QASIDAH BERKUALITI
Shatibiyyah Studio ditubuhkan pada tahun 2017. Berpusat di Bukit Mertajam, studio produksi ini merupakan milik Maahad Tahfiz Darus Shatibiyyah.
![]() |
Dilengkapi peralatan moden. Foto: Facebook Shatibiyyah Studio |
Sejak ditubuhkan sehingga kini, studio produksi ini telah menerbitkan banyak karya-karya seni Islami terutama qasidah. Susunan muzik yang teliti serta kualiti audio yang dihasilkan menyajikan alunan seni Islam yang terbaik.
![]() |
Foto: Facebook Shatibiyyah Studio |
Studio ini menawarkan perkhidmatan seperti rakaman lagu-lagu beunsur Islam, susunan muzik serta penerbitan lagu-lagu yang berkualiti.
Karya seni terbitan Shatibiyyah Studio boleh didengar di laman Youtube rasmi Shatibiyyah Studio.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.