Iqrar Permulaan Buat UFL


Judul: Iqrar
Artis: Ustaz Farid Liman (UFL)
Lirik dan Lagu: UFL
Studio rakaman: Masriezan Masri Studio

Menarik! Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap lagu Iqrar nyanyian Ustaz Farid Liman (UFL) dari negeri Sabah.

Walaupun masih amatur dalam bidang seni, namun kualiti yang dihasilkan menerusi Iqrar menggambarkan peluang yang cerah buat UFL untuk lebih serius dalam industri nasyid.

Berkonsepkan muzik slow rock, UFL telah berjaya membawa lagu Iqrar dengan kekuatan vokal yang cukup baik. Sekali imbas, lagu ini seolah dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang berpengalaman dalam seni muzik.

Mula diterbitkan pada 6 Januari 2021, Iqrar merupakan lagu yang lebih kepada kisah percintaan rumah tangga. 

Menerusi catatan Facebooknya,

"Secara ringkasnya dalam lagu ini, saya mengetengahkan elemen cinta berlandaskan syariat iaitu melalui perkahwinan yang sah di sisi agama dengan restu kedua ibu bapa. 

 

Dalam lagu ini juga letaknya janji seorang suami kepada sang isteri dan dalam masa yang sama mengharap juga dirinya untuk dicintai selamanya.Ini yang obviously boleh didengar melalui chorus lagu ni"
- UFL.


Iqrar merupakan karya sepenuhnya oleh UFL. Rakaman lagu ini telah dilakukan di Masriezan Masri Studio di Sabah.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling