Wany Hasrita Cabar Diri Melalui Cinta Khayalan


Nurshazwany Binti Hasbullah atau lebih manis digelar Wany Hasrita, dilahirkan pada tanggal 24 Disember 1992 dan merupakan pemegang ijazah dalam bidang sains perubatan (Bachelor In Medical Science) dari Management And Science University (MSU).

Pencapaian yang cemerlang serta imej yang bersih merupakan antara faktor kejayaan bagi artis ini. 

Memulakan karier seni dengan single duet Memori Berkasih dalam Bahasa Melayu dan Korea yang dinyanyikan bersama penyanyi berasal dari Korea, Kim Dong Gyun.

Setelah hampir enam tahun bergelar anak seni sejak tahun 2016 dan telah merakamkan 18 buah lagu termasuk lagu raya dan lagu duet, Wany Hasrita muncul lagi menerusi single terbarunya, Cinta Khayalan ciptaan Farouk Razak dan Amelia Azizan.


“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vokal. Dan ini pertama kali saya merakamkan lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. 

Empat kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul- betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh pencipta lagu ini. Memang agak mencabar kerana lagu ini sebenarnya saya rakamkan sewaktu bulan Ramadhan tahun lalu. Bayangkan strugglenya saya untuk siapkan lagu ini kerana bulan puasa sudah tentunya tenaga juga berbeza berbanding bulan lain. Namun saya sangat puas hati kerana pengorbanan saya berbaloi," ujarnya.


Wany Harsita juga mengakui lagu ini berat dan mempunyai maksud yang mendalam. Baginya, lagu ini seolah mencabar dirinya untuk keluar dari zon selesa.

“Jujur saya katakan saya jatuh hati dengan lagu ini. Saya harap peminat dengar dan hayati sendiri lagu ini. Saya juga berharap pendengar dapat menjadi juri serta tidak teragak-agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian saya. 

"Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu je tau.bukan tentang kisah peribadi,"ujar Wany lagi.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling