Jarang kita dengar lagu nasyid di Malaysia dialunkan dalam Bahasa Inggeris. Malah, peratus album nasyid Bahasa Inggeris di Malaysia boleh dikatakan sekadar 0.01% sahaja.
Ketika era kebangkitan nasyid 1997, ada sebuah kumpulan nasyid yang cukup berani apabila tampil dengan album sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Maghfirah.
Maghfirah yang bererti keampunan, ditubuhkan pada tahun 1996. Pada awalnya, mereka ini sekadar penyanyi lagu-lagu latar belakang bagi penerbitan CD-ROM ketika itu. Namun, potensi dan bakat mereka tidak dipersiakan dan akhirnya digabungkan menjadi Maghfirah.
Kumpulan ini dianggotai empat orang ahli iaitu Azlan Jaafar, Zulkiman Zainain, Khairul Anuar Ariffin dan Mazli Mohammed.
Berkonsepkan muzik acapella, klasik dan kontemporari, Maghfirah pernah tampil dengan album sulung berjudul Your Forgiveness terbitan Soft-H Productions Sdn Bhd.
![]() |
kulit album sulung Maghfirah, Your Forgiveness. |
Album tersebut mempertaruhkan sepuluh karya nasyid Inggeris iaitu Wahyu of Allah, Wahyu Allah (versi Melayu), Message to A Child, Soul of Islam, Creations of Allah, Your Forgiveness, Servants of Allah, I'm Blessed dan Glory Days of Islam.
Pada tahun 1999, Pengarah Perhubungan Awam Soft-H Productions, Hassan Abdul Hamid menyatakan penerbitan album Inggeris kumpulan tersebut bertujuan untuk memasarkan album tersebut ke peringkat antarabangsa.
Hasilnya, Maghfirah berjaya memasarkan album tersebut kepada komuniti Muslim di Amerika Syarikat ketika itu melalui edaran syarikat Khatoons Inc. di Amerika Syarikat, sebuah syarikat yang mengedar barangan Muslim.
Namun malangnya di peringkat Malaysia, nama Maghfirah kurang dikenali ramai. Konsep nasyid bahasa Inggeris di Malaysia ketika itu belum diterima sepenuhnya oleh masyarakat negara ini.

Petikan Majalah YES! (1998) |
Apatah lagi ketika itu, media massa lebih memfokuskan nama-nama besar industri nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, dan Brothers.
Malah, langkah syarikat rakaman yang memasarkan album secara terus (direct selling) ketika itu kurang berkesan. Era tahun 1998-1999, pasaran album di kedai-kedai muzik masih menjadi pilihan memandangkan capaian internet belum meluas.
Malah, langkah salah seorang anggotanya, Anuar Ariffin, tampil dengan album solo, Creations of Allah sekitar tahun 2014 seolah mengiyakan terkuburnya kumpulan ini.
![]() |
Album sulung salah seorang bekas anggota Maghfirah. |
Album Creations of Allah terbitan Kass Three Entertainment tersebut turut memuatkan beberapa lagu Maghfirah seperti Wahyu dan Creations of Allah.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.