Ustaz Ebit Lew Raikan 1200 Petugas Barisan Hadapan


Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkata dirinya sebak dan terharu dengan pengorbanan petugas barisan hadapan negara.

Lantaran itu,beliau menziarahi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) pada 1 Januari 2021. 

Ustaz Ebit Lew turut menyampaikan penghargaannya dengan menyumbang 1,200 kotak KFC kepada 1,200 orang petugas. 

"Sayu dengar katil jer 10,000 disediakan untuk pesakit. Mereka diambil dari banyak hospital. Jadi mesti jauh ulang alik. Terima kasih doktor, Nurse, MA.... 

"Besar pengorbanan mereka," katanya ada satu hantaran di Facebook. 

Beliau turut menyatakan rasa sedih dan kasihan terhadap petugas barisan hadapan yang ikhlas menjalankan kewajipan melawan wabak Covid-19 tanpa mengenal penat lelah. 

"Kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita. Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE. Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar. Dipindahkan. 

"Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain. Petugas wanita macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sakit dan sudi jaga kita masa kita sakit.  

"Ya  Allah kami tak dapat balas jasa frontliner negara kami," katanya sambil menggesa mendoakan petugas barisan hadapan dengan rasa sayang.                             

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling