Balada Pengenalan Teristimewa Citrawi


Judul: Teristimewa
Artis: Citrawi
Lgu: Huzaimi Zaini dan Hisyam Elharith
Lirik: Huzaimi Zaini

Sebuah kumpulan nasyid baru, Citrawi, tampil dengan lagu pengenalan mereka, Teristimewa. Lagu ini merupakan sebuah lagu ciptaan komposer Huzaimi Zaini (NowSeeHeart) bersama Hisyam Elharith, manakala liriknya ditulis oleh Huzaimi.

Teristimewa telah menjalani rakaman di studio Tarbiah Sentap, manakala Huzaimi bertindak sebagai penerbit lagu ini.

Namun di sebalik lahirnya lagu pengenalan buat Citrawi, lagu ini mempunyai kisah sedih tersendiri bagi kumpulan ini.

Allahyarham Hazrat

Belum sempat single ini diriliskan, salah seorang anggota Citrawi yang juga tunjang utama kumpulan ini, Mohd Hazrat bin Bakhtiar, telah menghembuskan nafas terakhir pada 6 Januari 2021 kerana penyakit asma yang dihidapinya.

Menurut Huzaimi selaku penerbit lagu ini, Allahyarham merupakan pengasas kumpulan Citrawi.

" Beliau adalah pengasas, penyanyi CITRAWI dan yang membiayai segala kos penerbitan Teristimewa. Moga arwah tenang dan damai di sana," ujar Huzaimi di catatan laman Facebooknya.


Bermelodikan balada, Teristimewa merupakan satu karya yang penuh emosi. Liriknya yang sedikit berat untuk dihadam mengenai siapa yang 'teristimewa' itu namun vokal Citrawi cukup baik.

Teristimewa mengisahkan tentang kerinduan yang menebal terhadap junjungan besar umat Islam, Rasulullah s.a.w. Setiap bait lirik Teristimewa menjadi ikonik kerinduan yang diterjemahkan dalam seni lagu.

Lagu ini juga seolah satu tanda perpisahan oleh Allahyarham Hazrat . Kisah duka ini menambah perisa emosi sedih apabila mendengarnya.

Mengenai Citrawi, kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2020.  Sebelum menubuhkan Citrawi, Allahyarham Hazrat pernah aktif bersama kumpulan Suffian di negeri Kelantan.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling