![]() |
Adams, satu nama yang pernah wujud ketika era tersebut. Ditubuhkan sekitar bulan September 1998, nama Adams dipilih bertunjangkan kepada tiga bahasa; Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
![]() |
Imej bersarung tangan, identiti Adams |
Secara literal, Adams membawa maksud 'generasi Nabi Adam' di mana ia menggambarkan kumpulan ini sebagai pembawa mesej ketuhanan dan kemanusiaan selaras dengan konsep khilafah yang diwarisi sejak turun temurun daripada manusia yang pertama diciptakan Allah SWT.
Kumpulan ini dipilih menjadi artis pertama di bawah The Brois Productions milik Brothers.
Namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila 4 daripada mereka menarik diri dan membawa haluan masing-masing walaupun ketika itu penerbitan album pertama Adams hanya menanti saat untuk dipasarkan.
Ombak krisis yang melanda Adams bermula dengan penarikan Irwanyzan pada pertengahan bulan April 2000. Ketika itu, Irwan telah menggantikan tempat Yasin dalam kumpulan Brothers, sebelum membawa haluan sebagai artis solo di bawah MIG Records.

Pukulan ombak perpecahan diikuti Akbar Azmi yang meneruskan perjuangan bersama Brothers manakala Shah dan Rizal menarik diri untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya masing-masing.
Walau bagaimanapun dua lagi ahli iaitu Azroul dan Arrief tekad untuk terus bersama memperjuangkan Adams. Ditambah dorongan dan sokongan padu oleh 'Sifu' mereka, En. Zalikamari (Pengerusi Eksekutif, Produksi Rakam Zalikamari) maka Adams merekrut ahli baru iaitu Dien, Joe dan Rashid, yang juga adik kepada bekas vokalis terkenal kumpulan Raihan, Nazrey Johani.
PENERBITAN ALBUM
Selepas kontrak bersama The Brois Producton tamat, Adams bernaung di bawah M.N.A Impian Sdn Bhd. di bawah seliaan Encik Zalikamari selaku Pengerusi Eksekutif.

Proses penerbitan pula diusahakan oleh Yasin b. Sulaiman (vokalis kumpulan Brothers) yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Produksi Album merangkap Pengurus.
Konsep album sulung Adams lebih menjurus ke arah irama pop dance. ADAMS membawa penampilan yang elegan dan kemas, sesuai dengan konsep album dan muzik yang dibawa.
Walau bagaimanapun, masalah kewangan yang dihadapi MNA Impian Sdn Bhd menyebabkan projek album Adams bergendala.
Usaha untuk menerbitkan album diteruskan di bawah syarikat Adams Production. Keseluruhan projek adalah di bawah seliaan Adams Production. Proses penerbitan diusahakan oleh Arrief Adams yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Produksi Album.
Judul album sulung Adams ialah Hitam Putih. Album ini difahamkan memuatkan 10 buah lagu iaitu Sekian Lama Terlena, Seri Seroja, Mengimbas Kenangan, Impian, Ratu Hati, My Dream, Bersama Selamanya, Tekad, Adam dan Kehidupan Kita.
Album Adams, Hitam Putih difahamkan diterbitkan pada 10 Januari 2003. Namun kehadiran album ini sehingga kini masih misteri.

Malah, nama Adams sendiri ghaib ditelan zaman. Yang pasti, mereka pernah wujud di sebalik kisah hitam putih yang berliku.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.