Aisha Azuan Sebarkan ‘Zikir Cinta’

ARTIS: AISHA AZUAN | ALBUM: ZIKIR CINTA
 © 2021 | MAMADIL SLIM & BEAUTY SDN BHD

Ketika negara masih bergelut dengan pandemik virus COVID-19, kehadiran album berbentuk didikan rohani sangat diperlukan sebagai motivasi jiwa.

Justeru, kehadiran album Zikir Cinta daripada seorang lagi bakat baharu, Aisha Azuan, dianggap tepat pada masanya.

Aisha Azuan, merupakan anak kepada pasangan Puan Dila Mubarak (pengasas Mamadil Sdn Bhd) dan Encik Azuan Dahli. Dia merupakan pelajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu. 

Bakat Aisha Azuan mula dikesan melalui rakaman zikir yang direkodnya sendiri. Bakatnya terus digilap oleh Ustaz Fathi Naim selaku penerbit album Zikir Cinta.


Memuatkan 7 trek yang dimulakan dengan lagu Pemilik Cinta, nyanyian bersama Aidilia Hilda. Lagu ini merupakan taruhan awal bakat Aisha Azuan yang berjaya mencatatkan jumlah tontonan di laman Youtube melebihi 100 ribu sejak diterbitkan.

Baki enam trek lagi ialah Lailaha Illallah, Subahanallah Wa Bihamdihi, Selawat al-Mustafa, Tasbih, Hasbunallah dan diakhiri Doa Penutup.


Album Zikir Cinta mempamerkan ‘kesayuan’ vokal Aisha, sesuai dengan konsep album ini. Tenang dan mengasyikkan, dua perkataan yang menggambarkan keseluruhan Zikir Cinta.

Sebagai berlaku adil, album Zikir Cinta boleh dikatakan permulaan yang baik tapi bukanlah produk yang terbaik. Vokal Aisha perlu ‘dicabar’ lagi untuk masa akan datang supaya tidak kedengaran mendatar. 

Susunan muzik album ini oleh Along (Exists) tidak dinafikan memang menenangkan. Sesuai dengan konsep muzik terapi yang menjadi sandaran album ini.

Album Zikir Cinta diterbitkan secara usaha sama antara syarikat Mamadil bersama Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Wafa, ADA Exists Sdn Bhd (studio rakaman) dan RUSA Music selaku pengedar digital.

Diterbitkan secara digital dan fizikal, sebahagian jualan album ini akan disumbangkan kepada pusat tahfiz anak yatim yang terpilih.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling