Karya Sulung Rock Kapak Suhaimi Saad


KADANG-KADANG RINDU KADANG-KADANG LUPA | SUHAIMI SAAD
Komposer: Mosus| Lirik: Tukang Urot
 © 2021 | Karya Mosus

Di sebalik pelbagai kontroversi membabitkan penyanyi Suhaimi Saad, namun tak dinafikan penyanyi ini mempunyai bakat yang tersendiri.

Setelah kemunculan bersama kumpulan Bismillah, Suhaimi Saad membuat kenyataan 'meletak jawatan' sebagai artis nasyid. Namun, itu bukanlah gambaran untuk dirinya berundur dari dunia seni.

Buat julung kali, Suhaimi Saad tampil dengan sebuah lagu bercorak rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu Kadang-Kadang Lupa yang dirakamkan di K Seventh Studio Kota Bharu Kelantan. 

Kali ini mempamerkan sisi karya Suhaimi Saad yang lebih terbuka, namun masih terpimpin. Menghayati Kadang-Kadang Rindu Kadang-Kadang Lupa sekali lalu, memang tak percaya akan kebolehan penyanyi ini membawa genre rock kapak.

Membawa nama pena Mosus (komposer) dan Tukang Urot (penulis lirik), Suhaimi Saad masih membawakan mesej positif menerusi Kadang-Kadang Rindu Kadang-Kadang Lupa


Bersinopsiskan kisah suami isteri, Kadang-Kadang Rindu Kadang-Kadang Lupa ibarat nukilan luahan perasaan seorang lelaki terhadap isterinya. Khilaf seorang suami terhadap pasangannya sememangnya acapkali berlaku sama ada sedar atau tidak sedar.

Bait-bait lirik menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahamkan. Tidak terlalu puitis, malah lebih bersifat jujur dan sesuai dengan mesej yang dibawa. Lebih tepat, lirik lagu ini masih terpimpin dengan mesej yang positif.


Susunan muzik lagu ini pula menepati selera rock kapak sebenar. Cuma dari aspek vokal, Suhaimi Saad perlu mencabar dirinya untuk lantunan suara lebih tinggi untuk karya rock kapak akan datang. 

Kelahiran Kadang-Kadang Rindu Kadang-Kadang Lupa sekurang-kurangnya mempamerkan variasi aliran muzik yang mampu dibawa oleh Suhaimi Saad. Tidak mustahil, insan seni ini akan tampil lagi dengan beberapa aliran muzik yang lain pada masa akan datang.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling