Artis : Shoutul Iman
Lagu dan Lirik : Qiwamuddin
2021| SHOUTUL IMAN
Shoutul Iman, sebuah kumpulan nasyid dari negeri Terengganu, meneruskan perjalanan seni mereka dengan single terbaru, Pelapis Generasi.
Pelapis Generasi merupakan single Shoutul Iman yang keempat selepas tiga buah single yang telah diterbitkan sepanjang tahun 2020
Sebelum ini, mereka pernah tampil dengan single Satu Perjuangan. Aidilfitri dan Ya Rasulullah.
Pelapis Generasi merupakan cetusan idea sepenuhnya daripada Qiwamuddin.
Menurut mereka, lagu Pelapis Generasi merupakan karya dedikasi buat semua guru.
Pelapis Generasi menampilkan peningkatan kematangan vokal kumpulan ini. Dengan imej nasyid kontemporari, Shoutul Iman telah berjaya membawa lagu ini dengan mudah. Dan mungkin sudah sampai masanya, kumpulan ini mencuba variasi muzik yang lain untuk karya seterusnya.
Dalam catatan yang sama di saluran Youtube mereka, terbitnya single ibarat kena dengan masanya iaitu semasa pembukaan sekolah bagi sesi 2021.
“Bersempena dengan pembukaan sekolah sesi 2021 ini, ditambah dengan kekangan dan ancaman COVID 19 ini, kami harap lagu ini dapat menaikkan semangat guru-guru untuk terus berbakti kepada anak bangsa, sama ada melalui pembelajaran di sekolah,mahupun secara maya,” ujar mereka.
Rakaman Pelapis Generasi telah dijalankan di Cahaya Hati Studio. Susunan muzik lagu ini menggunakan khidmat
Fenih Rohandi dari Indonesia.
![]() |
Shoutul Iman |
Mengenai Shoutul Iman, kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2009 di Maahad Darul Quran Rusila, Marang. Nama Shoutul Iman membawa maksud seruan keimanan.
Kumpulan ini terdiri daripada empat orang anggota iaitu Qiwamuddin, Muhammad Rasul, Abu Bakar Ismail dan Dean.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.