Kali ini, bekas anggota kumpulan Inteam tersebut bakal tampil bersama empat orang anaknya iaitu Ehmad Hadie El Fardie (13), Sallman El Khoyri (11), Phyrosh
El Fadwah (9), dan Nurlayla El Ghufrony (7), menerusi sebuah kumpulan anak-beranak,‘Bismilllah’.
Bismillah juga turut menampilkan penampilan semula Ina Naim, isteri Suhaimi, dalam bidang seni.
Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak-anak. Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadan ini. Insya-Allah. - Suhaimi Saad.
Menurut Suhaimi, album yang mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.
Suhaimi dan Ina Naim mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Penglibatan keluarga ini dalam bidang seni bukanlah kali pertama.
Sebelum ini, Suhaimi merupakan anggota Inteam dan pernah terlibat dalam empat buah album bersama kumpulan itu iaitu Kasih Kekasih, Impian Kasih, Damba Kasih dan In-Team '04.
Suhaimi berundur daripada Inteam dan bergerak solo menerusi empat album iaitu Kias Cinta, Kalamak, Zikir, Selawat & Doa, dan Maksud Hidup.
![]() |
Album solo Ina Naim (2006) |
Ina Naim pula pernah menerbitkan sebuah album terbitan Hijjaz Records, Duhai Hati (2006).
![]() |
Album PELAPIS (2019) |
Pada tahun 2019, tiga orang anaknya iaitu Ehmad Hadie , Sallman El Khoyri dan Phyrosh El Fadwah membentuk kumpulan PELAPIS (Penyanyi Lagu-Lagu Islam) dan pernah mempunyai sebuah album berjudul Doa & Lagu.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.