Kasih Tak Terlerai Sentuhan Balada Kamarul


Judul: Kasih Tak Terlerai
Artis: Kamarul
Lagu: Ramzul Ikbar
Lirik : Kamarul

© 2021 Media Positif 

Dalm mencari karya-karya terbaru di laman Youtube untuk dicoretkan, Kasih Tak Terlerai menjengah di kotak carian. Lagu yang didendangkan oleh penyanyi Kamarul ini mempunyai daya tarikan tersendiri.

Lirik Kasih Tak Terlerai ibarat mempunyai sentuhan jiwa daripada insan yang melantunkannya sendiri. Walaupun lagu bermelodikan balada ini sama seperti lagu-lagu nasyid yang lain, namun olahan lirik yang berinspirasikan daripada pengalaman hidup Kamarul telah menaikkan saham lagu ini.


Kasih Tak Terlerai merupakan hasil nukilan Kamarul sendiri, manakala muziknya dicipta oleh komposer Ramzul Ikbar. 

Kasih Tak Terlerai ini merupakan sebuah lagu yang dirakam sebagai tanda kenangan terhadap arwah bondanya. Idea menulis hadir secara spontan, 4 hari selepas pemergian bonda. - coretan Kamarul di saluran Youtube Media Positif

Kasih Tak Terlerai telah dirakamkan di Quantize Studio & Production dan diterbitkan secara bersama oleh Kamarul sendiri bersama Ramzul Ikbar di bawah label Media Positif. Lagu ini turut menggunakan khidmat Farred Zane (Damai & Friends) sebagai suara latar.

Sebagai permulaan, kehadiran Kasih Tak Terlerai boleh dianggap satu karya yang baik bagi Kamarul walaupun status identiti sebenar si penyanyi lagu ini masih misteri.

2 Comments

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling